SHAH ALAM: Wan Norhayati Wan Alias atau lebih dikenali Ibu Yati yang terpalit
dengan isu ajaran sesat Agama Melayu didakwa di Mahkamah Rendah Syariah di
sini hari ini.
Wan Norhayati didakwa selepas ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
bersama tiga lagi individu termasuk dua lelaki di sebuah premis di Hulu Langat
kira-kira pukul 11.20 malam semalam.
Pengarah JAIS , Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, pihaknya telah
melaksanakan tiga waran tangkap terhadap tiga orang yang disyaki dan satu
waran geledah.
Menurutnya, susulan itu, JAIS telah menahan empat individu masing-masing dua
lelaki dan wanita yang dibawa ke ibu pejabat untuk disiasat mengikut Seksyen
7, 9 dan 10 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995.
“Kes telah dibawa ke Mahkamah Rendah Syariah dan mahkamah menetapkan jaminan
RM3,000 kepada dua wanita dengan jaminan seorang penjamin dalam kalangan
penjawat awam Gred 48.
“Bagi tertuduh lelaki pula, seorang daripadanya diikat jamin dengan RM1,000
dengan penjamin dalam kalangan penjawat awam Gred 41 manakala seorang lagi
dilepaskan dengan bon jamin penguat kuasa.
“Tiga daripada tertuduh perlu diarah menyerahkan pasport antarabangsa kepada
mahkamah selain perlu melaporkan diri di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak dua
minggu sekali,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Dalam pada itu, Mohd. Shahzihan berkata, dengan penangkapan keempat-empat
individu itu dapat menyelesaikan kes melibatkan perbuatan beberapa individu di
Selangor yang disyaki menyanggah ketetapan hukum syarak atau fatwa.
“Selain itu, kes tersebut turut melibatkan penghinaan kepada al-Quran dan
hadis, serta mempersenda, menghina atau menyebabkan agama Islam dipandang
hina.
ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel