KERAJAAN Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin akan bertambah
kuat dan diyakini mampu mendapay sokongan 120 Ahli Parlimen.
Ini ekoran beberapa Ahli Parlimen PKR keluar dari parti mereka untuk
memberikan sokongan kepada PN.
Ini terbukti apabila Ahli Parlimen Julau,
Larry Sng; Ahli Parlimen Tebrau
Steven Choong
dan Ahli Parlimen Kuala Langat,
Dr. Xavier Jayakumar
telah mengumumkan keluar dari PKR dan menyokong PN.
Langkah Ahli Parlimen terbabit memperkuatkan kedudukan PN sebagai kerajaan.
Sokongan daripada Ahli Parlimen terbabit akan meningkatkan keyakinan Muhyiddin
untuk mengadakan sidang Parlimen tanpa perlu risau ancaman undi tidak percaya
dari blok pembangkang.
Malah terdapat juga khabar angin bahawa ada beberapa lagi wakil rakyat
pembangkang bakal menyatakan sokongan kepada PN.
Jika ia benar-benar berlaku maka Muhyiddin akan mendapat sokongan majoriti
hampir 120 anggota Parlimen di Parlimen.
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa baru-baru ini mendakwa lebih
banyak Ahli Parlimen PKR akan mengikuti Bekas Naib Presiden PKR itu.
Kata, Annuar beliau difahamkan sekurang-kurangnya tujuh atau lapan ‘rakan’
Xavier telah menunjukkan niat untuk menyokong pemerintah PN.
Perkembangan itu jika benar berlaku sudah tentu akan melemahkan kedudukan
Pakatan Harapan dan kedudukan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Join our Telegram Channel