Kuala Lumpur: Majlis pernikahan Neelofa dan bekas peserta Pencetus Ummah (PU)
Riz akan dilangsungkan pagi Sabtu ini.
Menurut sumber, pasangan itu bakal disatukan dalam satu majlis tertutup yang
akan diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.
"Jika semuanya dipermudahkan, majlis pernikahan mereka akan berlangsung pagi
Sabtu ini. Majlis itu juga hanya dihadiri ahli keluarga dan kenalan rapat
saja," katanya.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan terdapat desas-desus mengatakan Neelofa dan
Riz bakal melangsungkan pernikahan hujung minggu ini.
Bagaimanapun, usaha Harian Metro mendapatkan mereka termasuk daripada
pengurusan dan keluarga mereka mengenai berita itu tidak berjaya apabila
masing-masing mengambil tindakan mengunci mulut.
Sebagaimana kisah pernikahan kakaknya, Noor Nabila dengan Engku Emran Engku
Zainal Abidin minggu lalu yang sebelumnya turut merahsiakan perkara itu,
Neelofa juga mengambil tindakan serupa.
Sejak tular mengenai hubungan mereka termasuk dikatakan sudah dirisik keluarga
Riz, namun kedua-duanya tidak pernah mengesahkan mengenai hubungan mereka.
Pada Disember tahun lalu, Neelofa dalam kenyataannya menafikan dakwaan sudah
melangsungkan perkahwinan dengan Riz dan dinikahkan bapa kandungnya di
Kelantan.
Neelofa turut menafikan tuduhan yang mendakwa kononnya dia terkena ubat
pengasih dan memindahkan sejumlah wang kepada pendakwah muda itu.
Kisah hubungan cinta pasangan ini mendapat perhatian ramai apabila Neelofa
dikatakan tidak lagi memakai cincin merisik pemberian keluarga Riz.
Join our Telegram Channel