AMPANG - Polis sedang mengesan saksi berkaitan seorang ahli politik bergelar
Datuk bagi membantu siasatan kes cabul seorang wanita di sebuah rumah di
Taman Melawati di sini.
Menurut sumber, individu terbabit bersama isterinya dipercayai datang
bermalam di rumah mangsa dan suaminya antara Julai hingga 15 Ogos 2020.
Sumber turut memberitahu bahawa suami mangsa merupakan kenalan kepada isteri
Datuk tersebut.
"Suspek bersama isterinya tumpang bermalam setelah datang melawat mangsa dan
suaminya di rumah berkenaan.
"Kejadian berlaku antara jam 1 pagi hingga 5 pagi. Mangsa tidur di bilik
bersebelahan bilik suspek. Dia kemudiannya tersedar selepas dirinya dicium
dan dicabul.
"Pada mulanya mangsa menyangkakan perbuatan itu dilakukan oleh suaminya
namun mangsa terkejut apabila mendapati ia dilakukan suspek," katanya.
Katanya, mangsa pada awalnya tidak membuat laporan polis kerana bimbang
keselamatan dirinya dan suami.
Mangsa juga katanya, turut mendakwa suspek mempunyai pistol selain mempunyai
sikap panas baran.
"Mangsa juga mendakwa mempunyai hutang sebanyak RM200,000 dengan suspek bagi
urusan perniagaan," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad
Farouk Eshak ketika dihubungi mengesahkan mengenai laporan polis yang dibuat
pada 16 Mac lalu.
"Kes ini masih dalam siasatan dan kita akan kesan saksi yang terlibat,"
katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan. – Sinar
ARTIKEL BERKAITAN:
- Polis siasat ahli politik cium, cabul isteri orang di bilik sebelah jam 1 pagi
- Polis sahkan siasat ahli politik dari Pantai Timur cium, raba dada, cabul wanita
- Adun pembangkang disiasat raba, cabul dalam kereta
- Adun Amanah Kedah kantoi raba, cabul Wanita PKR dalam kereta
- Faiz Fadzil mengaku disiasat tuduhan raba, cabul wanita PKR dalam kereta
- Bekas Adun Air Putih nafi raba dada, cabul isteri kawan
Join our Telegram Channel