AMPANG JAYA – Pihak polis mengesahkan telah menerima laporan serta membuka
siasatan berhubung kejadian cabul seorang wanita melibatkan seorang ahli
politik bergelar Datuk di sebuah rumah di Taman Bukit Melawati tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak
berkata, ketika kejadian di antara Julai hingga Ogos tahun lalu, mangsa serta
suaminya telah dilawati oleh suspek bersama isterinya yang turut bermalam di
rumah mereka.
“Pada awal pagi keesokan harinya, sewaktu wanita berusia 48 tahun itu sedang
tidur di ruang tamu di tingkat satu, dia tiba-tiba merasai telah disentuh di
bahagian dada selain dicium yang mengakibatkannya terjaga.
“Wanita tersebut mendakwa, suspek yang menyedari dia telah tersedar daripada
tidur seterusnya turun ke bawah dan pulang ke rumah bersama isterinya,”
katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.
Difahamkan, wanita yang juga merupakan seorang ahli perniagaan itu telah
membuat laporan polis berhubung kejadian pada 16 Mac lalu.
Menurut Mohamad Farouk, wanita berkenaan takut untuk membuat sebarang laporan
polis selama ini kerana bimbang akan merosakkan hubungan dengan suspek selain
tidak pasti apa yang perlu dibuat memandangkan suspek merupakan seorang ahli
politik yang berpengaruh di sebuah negeri di Pantai Timur.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Polis siasat ahli politik cium, cabul isteri orang di bilik sebelah jam 1 pagi
- Polis sahkan siasat ahli politik dari Pantai Timur cium, raba dada, cabul wanita
- Adun pembangkang disiasat raba, cabul dalam kereta
- Adun Amanah Kedah kantoi raba, cabul Wanita PKR dalam kereta
- Faiz Fadzil mengaku disiasat tuduhan raba, cabul wanita PKR dalam kereta
- Bekas Adun Air Putih nafi raba dada, cabul isteri kawan
Join our Telegram Channel