Sering dimarahi, wanita beri mertua makan ikan campur racun biawak



Seorang wanita di Desa Lebung Itam, Indonesia meracuni ibu mertuanya sehingga meninggal dunia.

Kejadian ini berlaku disebabkan suspek tidak tahan lagi gara-gara sering dimarahi oleh ibu mertuanya.


Tribun News melaporkan wanita itu bertekad meracuni ibu mertuanya dengan mencampur racun biawak ke dalam ikan yang dimasak khas untuk ibu mertuanya yang berusia 61 tahun.

Laporan turut menunjukkan bahawa bukan sahaja ibu mertuanya yang menemui ajal, tetapi tiga ekor kucing yang dimiliki oleh ibu mertuanya juga ditemui mati dengan kesan mulut berbuih.

Suspek wanita berusia 45 tahun itu dikatakan tinggal bersama mangsa dan mereka sering bergaduh.


Ketika ditahan oleh pihak polis, dia mengaku melakukan jenayah terbabit.

“Setelah ditanya, ternyata pelakunya, Dewi Asmara, mengaku telah menambahkan sebanyak sesudu racun biawak ke dalam makanan ibu mertuanya,” kata Ketua Polis Ogan Komering Ilir, AKBP Alamsyah Pelupessy.

Suspek kini bakal menghadapi hukuman penjara 20 tahun atau hukuman mati yang diperuntukkan di dalam artikel 340 KUHP bagi pembunuhan yang dirancang. – Vocket

 

Join our Telegram Channel
Telegram