KUALA LUMPUR - Rakaman video kekecohan yang terjadi di sebuah restoran mamak
di antara seorang lelaki dan seorang wanita menjadi viral di media sosial
sejak malam tadi.
Klip video tersebut menarik perhatian netizen dan ramai yang terkejut dengan
kejadian itu.
Seorang warga emas dilihat berteriak pada seorang wanita dalam video tersebut,
manakala wanita tersebut pula bertindak balas dengan menampar dan menendang
warga emas tersebut.
Walaupun begitu, tidak diketahui sebab mengapa individu tersebut menjerit
kepada wanita itu.
Banyak orang dilihat cuba menenangkan wanita dan lelaki itu sebelum mereka
dapat memisahkan kedua-dua mereka.
Namun, tidak lama kemudian, beberapa lelaki lain masuk ke restoran dan cuba
menyerang warga emas yang masih berada di restoran itu.
Beberapa anggota keselamatan juga dilihat dalam video tersebut dan berusaha
meredakan keadaan sebelum menjadi lebih parah.
Setakat ini belum ada kenyataan rasmi mengenai pergaduhan itu yang
dikeluarkan, kecuali komen dan tuduhan di media sosial mengenai penyebab
kekecohan itu.
Beberapa netizen mengecam wanita itu kerana melakukan serangan fizikal
terhadap lelaki warga emas yang menyebabkan keadaan menjadi tegang.
ARTIKEL BERKAITAN:
Please subscribe
Join our Telegram Channel