PUTRAJAYA – Perisytiharan darurat telah membolehkan pengurusan COVID-19 di
Malaysia dijalankan dengan baik antaranya menerusi pindaan beberapa akta
khusus bagi membendung penularannya, katanya Menteri Dalam Negeri Datuk Seri
Hamzah Zainudin.
Menegaskan kerajaan tidak mempunyai agenda tersembunyi dalam pengisytiharan
darurat itu, Hamzah berkata antara akta yang dipinda ialah Akta Standard
Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja (Pindaan) 2019 bagi memastikan
kemudahan perumahan untuk pekerja asing.
“Kalau tiada (darurat), mungkin semua ini tidak dapat dilakukan dan
kemungkinan besar kita tidak dapat turunkan kes COVID-19 secepat mungkin,”
katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa
Bersama Mengenai Pengurusan Pekerja Asing, di sini hari ini bersama Menteri
Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan.
Hamzah berkata demikian sebagai mengulas tindakan Jawatankuasa Rayuan Tamatkan
Proklamasi Darurat yang menghantar surat kedua kepada Istana Negara pada
Selasa lepas, memohon menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah
Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi mempersembah memorandum mendesak
darurat ditamatkan.
Join our Telegram Channel