Majikan yang didakwa membelasah dua pengawal peribadinya kerana berpuasa pada
bulan Ramadan membuat permohonan maaf kepada umat Islam hari ini.
Lelaki berusia 43 tahun itu meminta maaf ketika diiringi dan diapit oleh dua
anggota polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.
"Sekiranya apa yang saya katakan kepada pengawal peribadi saya menyinggung
perasaan sesiapa, saya rasa saya harus minta maaf kepada semua umat Islam di
negara ini, kepada Yang di-Pertuan Agong dan dua bekas pengawal peribadi saya.
"Bagaimanapun saya tidak bermaksud menghina sesiapa dengan apa yang saya
katakan," katanya dalam bahasa Mandarin.
Video ucapan pendeknya diterbitkan oleh The Star.
Setelah memohon maaf, lelaki berkenaan yang berada dalam tahanan polis -
dibawa menaiki sebuah kereta polis.
Lelaki berkenaan adalah salah seorang daripada empat individu yang direman
oleh pihak polis bagi membantu siasatan.
Polis sebelum ini berkata penahanan itu berjaya membongkar aktiviti judi dan
sindiket ceti haram atau Along yang dijalankan syarikat milik majikan
terbabit.
Pihak polis turut merampas sepucuk pistol dan 10 butir peluru serta rotan yang
digunakan untuk memukul kedua-dua mangsa.
Hasil penangkapan tersebut turut membawa kepada penemuan 100 kg jongkong emas
dan 12,500 not kertas US$100 dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan
berjumlah RM28.25 juta
ARTIKEL BERKAITAN:
- Lelaki dipukul, diugut bunuh majikan kerana puasa, U mahu ikut Allah atau ikut saya
- Empat lelaki pukul pengawal peribadi kerana puasa direman
- Kegiatan haram majikan terbongkar selepas pukul, ugut bunuh bodyguard kerana puasa
- Ugutan Yusuf Azmi isytihar perang, kepung Klang boleh diambil tindakan, kata polis
- Majikan pukul pekerja puasa mohon maaf pada umat Islam, Agong
- Majikan mengaku tak salah pukul pekerja puasa
Join our Telegram Channel