Setiap kali memasuki bulan puasa atau Ramadan, pastinya telefilem arahan Mamat
Khalid akan menemani kita.
Bermula dengan 15 Puasa sehinggalah kepada telefilem terbaru pada tahun ini
iaitu 18 Puasa di Kampong Pisang.
Telefilem yang mengisahkan tentang ‘geng plastik hitam’ daripada penduduk
Kampong Pisang ini nampaknya berjaya membuatkan para penonton tidak kering
gusi menontonnya.
Terbaharu, tular di media sosial apabila para netizen berkongsi gambar lucu
menampilkan Bell Ngasri yang merupakan salah seorang pelakon dalam telefilem
ini sedang membungkus makanan di belakang kedai.
Gambar yang disangka sekadar membuatkan para netizen tertawa ini nampaknya
telah tular sehingga turut menjemput Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) untuk
membuat rondaan di kedai berkenaan.
Difahamkan kedai tersebut merupakan sebuah lokasi popular buat ‘geng plastik
hitam’ serta turut menawarkan servis drive thru.
Serbuan yang dibuat nampaknya turut menarik perhatian netizen serta
mengingatkan mereka kepada telefilem arahan Mamat Khalid ini.
Join our Telegram Channel