Sebuah video yang memaparkan babak dalam telefilem Ayat Dari Langit telah
menjadi bualan netizen.
Mana tidaknya, babak yang memaparkan Ellie Suriati menjirus air lalu mencium
kaki lelaki membuatkan ramai terkejut dengan adegan tersebut.
Video tersebut dikongsikan oleh bambam_studios di akaun Instagramnya.
Dapat dilihat dalam video tersebut, lakonan Ellie memang kelihatan
‘real’ dan beliau tidak kekok melakonkan wataknya.
Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut kerana Ellie sanggup
melakukan adegan tersebut dan ada juga yang risau apabila babak seperti ini
muncul di kaca TV.
Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang berasa takut untuk menonton telefilem
ini terutama sekali ketika bulan Ramadan ini.
Malah, kesanggupan Ellie mencium kaki membuatkan ramai tertanya-tanya kaki
siapakah diciumnya dan terfikir reaksi suami Ellie apabila melihat babak
tersebut.
Join our Telegram Channel