PETALING JAYA: Kenyataan yang mengandungi gesaan berbaur ugutan berkaitan
isu majikan memukul pengawal peribadi kerana berpuasa akan diambil tindakan,
kata Ketua Polis Selangor Arjunaidi Mohamed.
Arjunaidi dalam kenyataan menegaskan, pihaknya boleh mengambil tindakan
mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan.
“Turut terkesan, beberapa gesaan yang berbaur ugutan daripada pihak tertentu
untuk mengisytiharkan perang dan mengepung kawasan Klang, dan kenyataan yang
sebegini, boleh mengeruhkan keadaan serta menjejaskan ketenteraman awam,”
kata beliau dalam kenyataan hari ini.
Kata beliau, pihaknya sudah mengesan beberapa klip video yang dimuat naik di
pelbagai platform media sosial yang menggesa supaya tindakan setimpal
diambil terhadap suspek yang memukul dua pengawal peribadinya kerana
berpuasa.
“Sehingga kini polis mengesahkan seramai lima orang telah ditangkap melalui
beberapa siri tangkapan bagi membantu siasatan, dan daripada jumlah
tersebut, seramai empat ditangkap di Klang Selatan, Selangor sementara
seorang lagi di Dang Wangi, Kuala Lumpur.
“Semua suspek ditahan reman antara lima hingga tujuh hari,” kata beliau.
Beliau turut mengingatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang
spekulasi, perkongsian dan menyebarkan berita daripada sumber yang tidak
sahih.
Rabu lalu, FMT melaporkan seorang majikan ditahan selepas dua pengawal
peribadinya mendakwa dirotan kerana berpuasa, tidak sampai 24 jam selepas
gambar dan salinan laporan polis kejadian itu tular di media sosial.
Ketua Polis Dang Wangi Mohamad Zainal Abdullah, berkata suspek berusia 43
tahun itu diberkas di kediamannya di Klang, Selangor kerana disyaki
melakukan ugutan jenayah dengan pistol dan merotan dua lelaki terbabit
disebabkan tidak berpuas hati dengan tindakan mereka berpuasa.
Menurut beliau, kejadian bermula apabila pengadu dan seorang rakannya
didatangi suspek yang bertanya sama ada mereka berpuasa atau tidak ketika
berada di lobi sebuah kondominium di Jalan Pinang, Kuala Lumpur, kira-kira
jam 11 malam.
Beliau berkata, selepas pengadu dan rakannya memaklumkan mereka berpuasa,
majikannya memarahi dan menampar pengadu di kepala, sebelum mengikut suspek
ke rumahnya di Batu Nilam, Klang. – Kosmo
ARTIKEL BERKAITAN:
- Lelaki dipukul, diugut bunuh majikan kerana puasa, U mahu ikut Allah atau ikut saya
- Empat lelaki pukul pengawal peribadi kerana puasa direman
- Kegiatan haram majikan terbongkar selepas pukul, ugut bunuh bodyguard kerana puasa
- Ugutan Yusuf Azmi isytihar perang, kepung Klang boleh diambil tindakan, kata polis
- Majikan pukul pekerja puasa mohon maaf pada umat Islam, Agong
- Majikan mengaku tak salah pukul pekerja puasa
Please subscribe
Join our Telegram Channel