Jakarta: Pendakwah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad (UAS) didakwa bakal
berkahwin dengan seorang gadis berusia 19 tahun dalam masa terdekat ini.
Calon isterinya dikenali sebagai Fatimah Az Zahra Salim Barabud, seorang
lulusan sekolah pondok yang berasal dari Peterongan, Jombang di Jawa Timur,
menurut Tribunnews.
Dilaporkan, pernikahan itu juga sudah mendapat kebenaran Ketua Bimbingan
Masyarakat Islam Jombang.
"Ya, beliau (Ustaz Abdul Somad) sudah daftar di Pejabat Agama Peterongan
sebelum puasa," kata Ilham Rohim, semalam yang disiarkan Kompas TV.
Ditanya lebih lanjut mengenai majlis itu, Ilham bagaimanapun mengaku tidak
mengetahui tarikh sebenar perkahwinan dan lokasi akad nikah yang bakal
diadakan.
Sebelum ini tersebar gambar UAS dan perempuan berhijab di media sosial.
Calon isteri terbaharu pendakwah itu menjadi tumpuan ramai berikutan masih
muda dan jurang usia antara mereka cecah 25 tahun, dengan UAS bakal genap 44
tahun pada Mei ini.
Hingga kini, belum ada kenyataan rasmi daripada kedua-dua belah pihak.
UAS pernah berkahwin dengan Mellya Juniarti pada 2008, namun bahtera
perkahwinan itu kecundang pada tahun ke-11 dan pasangan berkenaan sah bercerai
pada 3 Disember 2019.
Join our Telegram Channel