PETALING JAYA – Aktiviti Ebit Lew di Gaza, Palestin hari ini diteruskan dengan
lawatan ke kediaman penduduk kurang bernasib baik di sekitar kawasan
berkenaan.
Menurutnya di laman Facebook, dia sempat menziarahi sebuah keluarga terdiri
daripada seorang ibu tunggal bersama tujuh anak kecilnya.
“Ada seorang tu bayi lagi. Ya Allah. Suaminya syahid baru ini asbab serangan
bom. Masa mula sampai semua sedih je. Saya tengok anak kecil ini hati jadi tak
tahan nak menangis.
“Saya dah sebulan belum jumpa anak isteri dan keluarga dah terasa sayu. Inikan
pula anak kecil ini kehilangan ayah mereka tetapi masih boleh tersenyum.
Seronok bila bawa hadiah. Terus semua senyum. Sempat bermain-main terbang
dengan anak-anak ini,” katanya hari ini.
Menurutnya, dia terus membawa keluarga tersebut ke rumah kasih umat yang
disewanya di bandar itu dan memberi sedikit sumbangan untuk mereka serta semua
ibu tunggal yang lain.
“Insya-Allah ada cikgu yang menjaga dan menguruskan tempat ini. Kami akan
bayar gajinya. Ya Allah terasa bersyukur sangat dapat buka kasih umat di Gaza,
Palestin.
“Beribu orang kehilangan rumah tempat tinggal, kelaparan, kehilangan orang
tersayang. Allahuakbar. Berat rasa hati. Ketika saat saya sendiri dalam diberi
pelbagai nikmat. Ya Allah ampunkanlah diriku ini,” katanya.
Menurutnya, rumah kasih umat itu terdiri daripada dua buah rumah yang
disewanya, yang mana ia mempunyai empat bilik luas dan selesa.
“Setakat ini akan menjaga 10 anak yatim dan mereka yang susah untuk dijadikan
tempat tinggal dan kelas-kelas aktiviti anak-anak. Menangis melihat anak-anak
ini.
Join our Telegram Channel