Pemimpin UMNO Seremban hilang selepas video aksi lucah tunjuk kemaluan tular



Pemimpin kanan UMNO Bahagian Seremban yang merakam perlakuan lucah menunjukkan kemaluannya sudah tidak dapat dikesan, kata Ketua Pemuda UMNO bahagian itu, Zool Amali Hussin.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Zool Amali berkata individu terbabit bukan sahaja sudah tidak mengaktifkan akaun Facebooknya, malah telah keluar daripada semua kumpulan WhatsApp selepas klip video itu tersebar.

“Individu tersebut juga telah keluar daripada semua kumpulan WhatsApp pada malam hari video itu tersebar.


“Pemuda UMNO Seremban menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dan pucuk pimpinan parti untuk mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Pada masa sama, UMNO bahagian itu menggesa Lembaga Disiplin dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu mengambil tindakan sewajarnya susulan tersebarnya video aksi lucah pemimpin berkenaan.

Naib Ketua UMNO bahagian, Mazalan Maarof berkata, video berkenaan yang telah tersebar sejak Jumaat lalu benar-benar telah mencemarkan imej parti dan turut dijadikan bahan sindiran oleh parti lawan.


“Surat dan laporan telah kami hantar kepada Lembaga Disiplin UMNO kelmarin dan saya berpandangan perkara ini sesuatu yang begitu mengaibkan. Ia bukan sahaja sudah tersebar dalam kalangan ahli UMNO, tetapi ahli parti lain.

“Lembaga Disiplin UMNO yang boleh menentukan, imej UMNO Seremban kena dibersihkan, kita mahu menghadapi pilihan raya, jika tiada apa-apa tindakan, isu ini akan terus dimainkan dan bagaimana kita mahu berkempen,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau juga berkata, salinan laporan kepada Lembaga Disiplin UMNO turut diserahkan kepada Presiden UMNO, Setiausaha Agung dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan. – Agenda Daily


ARTIKEL BERKAITAN:

 

Join our Telegram Channel
Telegram