1 juta dos vaksin Pfizer sumbangan US tiba di Subang



CYBERJAYA: 1 juta dos vaksin Pzifer sumbangan kerajaan Amerika Syarikat kepada Malaysia telagh tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, pada jam 8.10 pagi tadi.

Menteri Luar, Dato’ Seri Hishammuddin Hussien, berkata Malaysia melalui Wisma Putra  sangat menghargai keprihatinan Amerika Syarikat dalam mengharungi cabaran pandemik Covid-19.

Beliau dan Menteri Penyelaras Progam Imunisasi Kebangsaan, Khairy Jamaluddin dan Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, TYT Brian McFeeters berada Lapangan Terbang Subang hadir menyaksikan ketibaan bekalan vaksin tersebut.


“Bersama Menteri Penyelaras Program Imunisasi Kebangsaan, Khairy Jamaluddin dan Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, TYT Brian McFeeters di Subang Airport pagi ini – menerima ketibaan 1 juta dos vaksin Pfizer yang disumbangkan oleh Amerika Syarikat.

“Terima kasih rakan sejawat, TYT Antony Blinken serta Kerajaan US – Malaysia terutama Wisma Putra sangat hargai keprihatinan ini. Semoga hubungan erat  terus menjadi kekuatan untuk kedua-dua negara melangkah bersama dalam mengharungi cabaran #COVID19!.” katanya. – SuaraTV

 

Join our Telegram Channel
Telegram