KAHERAH: Presiden Mesir Abdel-Fattah al-Sisi dan Menteri Luar Datuk Seri
Hishammuddin Tun Hussein pada Ahad mengadakan perbincangan dua hala antara
lain mengenai kaedah untuk memperkukuh lagi kerjasama dua hala, lapor Xinhua.
Selain itu turut menjadi agenda perbincangan kedua-dua pemimpin adalah isu
antarabangsa dan serantau yang mempunyai kepentingan bersama.
Sisi menekankan hasrat Mesir untuk memperkukuh kesepakatan dengan Malaysia di
pelbagai forum antarabangsa dan mempertingkat kerjasama dua hala, terutama di
peringkat ekonomi, perdagangan, dan pelaburan, kata jurucakap presiden Mesir
Bassam Rady dalam satu kenyataan.
Sementara itu, Hishammuddin menegaskan kesungguhan Malaysia untuk memperkukuh
hubungan dua hala dengan Mesir dalam semua bidang dan pelbagai forum
antarabangsa, terutama ketika Mesir sedang rancak melaksanakan pelbagai projek
pembangunan.
Join our Telegram Channel