PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerima kunjungan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di pejabatnya di Putrajaya hari ini.
Ismail Sabri berkata, pertemuan tersebut dilakukan bagi membincangkan tentang cabaran ekonomi termasuk isu semasa berkaitan Covid-19.
“Hari ini saya telah menerima kunjungan daripada mantan Perdana Menteri, Yang Berhormat Datuk Seri Najib Razak.
“Dalam pertemuan selama sejam ini, kami telah membincangkan tentang cabaran ekonomi dalam dan luar negara termasuk strategi mendepani pandemik Covid-19,” jelasnya di Facebook sebentar tadi.
Jelasnya, Najib turut komited dalam menyumbangkan tenaga, masa dan idea untuk bersama-sama sebagai satu pasukan demi Keluarga Malaysia tercinta. – Kosmo
"Jib jib dah jadi pengulas sukan ke?"
"Eh beli roti pula"
Ya saya tahu. Saya baca.
Prinsip dan pendirian saya jelas.
Jika ada peluang tambah baik, saya cadangkan. Jika salah, saya lawan. Jika baik, saya sokong.
Face to face, atau kat media sosial.
Kaedahnya terpulang kepada yang sudi memahami dan mendengar suara rakyat.
Alhamdulillah hari ini saya bertemu dengan YAB Perdana Menteri bagi membincangkan keadaan semasa ekonomi Malaysia dan langkah-langkah seterusnya yang wajar diambil.
Make no mistake. Terus terang saya kata.
Malaysia masih berada dalam krisis. Malah akan berdepan dengan cabaran yang lebih besar dari segi ekonomi, pendapatan dan kebajikan rakyat.
Dari sudut makro dan secara menyeluruh, kita sudah jauh ketinggalan di belakang berbanding dengan negara jiran.
Malaysia tidak lagi mempunyai daya tarikan terhadap pelabur asing serta selepas 2018.
Dari sudut mikro dan melibatkan rakyat pula, ramai tidak ada keyakinan terhadap ekonomi kita.
Malah timbul kerisauan terhadap keperluan, pendapatan dan kestabilan pekerjaan masing-masing.
Secara umumnya, itulah yang saya sampaikan kepada semua yang sudi mendengar dan menerima pandangan.
Semoga dimanfaatkan cadangan, strategi dan pengalaman yang ada.
Sekarang tiba masa bagi Rakyat didahulukan dan Pencapaian diutamakan.
Kita tidak mampu gagal lagi.
Demi Keluarga Malaysia.
– Najib Razak
ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel