Caprice jumpa PDRM hari ini?



PETALING JAYA: Satu pertemuan dipercayai akan diadakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan Penyanyi rap, Ariz Ramli atau Caprice hari ini.

Bagaimanapun, satu sumber memberitahu Utusan Malaysia, pertemuan berkenaan tidak dapat dipastikan berkaitan dengan kes dan isu apa.


“Hari ini baru PDRM jumpa Caprice, tidak tahu kes mana dia rujuk,” katanya sumber itu ringkas.

Semalam, caprice telah memuat naik satu hantaran di Instagramnya memaklumkan pihaknya telah memperolehi beberapa nombor telefon individu yang dipercayai telah melanggan masuk ke sebuah telegram dan meminta sebuah video ‘panas’ membabitkan kanak-kanak di bawah umur.

Dalam hantaran berkenaan, Caprice juga memaklumkan penyebaran dan penjualan video kanak-kanak di bawah umur adalah satu jenayah.


“Ini adalah kesalahan jenayah yang besar sekiranya kongsi atau jual video kanak-kanak di bawah umur. Cap akan serahkan semua akaun dan nombor kepada Bukit Aman hari ini.

“Insya-Allah kita harap pihak berkuasa akan tahan mereka yang terlibat,” jelas hantaran itu. – Utusan



Join our Telegram Channel
Telegram