Perdana Menteri Pakistan digulingkan



ISLAMABAD: Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan berjaya digulingkan selepas kehilangan sokongan menerusi undi tidak percaya terhadap kepemimpinannya.

Undian itu diadakan lewat tengah malam tadi, selepas parti pembangkang mengemukakan usul tersebut seperti keputusan yang dikekalkan oleh Mahkamah Agung.


Susulan itu, Pakistan perlu melantik Perdana Menteri Baharu bagi mengisi kekosongan jawatan itu.

Parlimen Pakistan akan bermesyuarat untuk mengundi pemimpin baharu negara, esok.

Perdana Menteri baharu yang dilantik akan memegang jawatan itu sehingga Oktober 2023, sebelum pilihan raya baharu diadakan.


Imran memegang rekod sebagai Perdana Menteri Pakistan pertama yang digulingkan menerusi undi tidak percaya.

Sebelum ini, Mahkamah tertinggi negara memutuskan tindakan Imran untuk menghalang undi tidak percaya adalah tidak berperlembagaan. – BCC

 

Join our Telegram Channel
Telegram