Bekas Presiden Bolivia, dipenjara 10 tahun dalangi rampasan kuasa (10 gambar)



LA PAZ: Sebuah mahkamah di Bolivia mendapati bekas Presiden, Jeanine Anez bersalah kerana mendalangi gerakan rampasan kuasa ketika krisis politik pada 2019.

Sehubungan itu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun terhadap Anez.


Memetik laporan Al Jazeera, Anez, 54, disabitkan bersalah kerana membuat keputusan bertentangan dengan Perlembagaan negara dan mengabaikan tugas.

Menurut pihak pendakwa raya, Anez didapati melanggar norma yang menjamin peraturan Perlembagaan dan demokrasi selepas Pilihan Raya Presiden Bolivia yang diadakan pada 2019.

Bagaimanapun, Anez tetap berpendirian tidak bersalah.


Pasukan peguam pembela Anez memaklumkan pihaknya akan memfailkan rayuan kepada badan antarabangsa untuk mendapatkan keadilan.

Jelasnya, beberapa pemimpin pembangkang merancang untuk mengadakan demonstrasi bagi membantah keputusan mahkamah itu. – Al Jazeeera


















Join our Telegram Channel
Telegram