Keningau: Berang kerana disaman, seorang pemandu jentolak bertindak merempuh kenderaan milik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sehingga remuk dalam kejadian di Jalan Kepayan, Kampung Magatang, di sini, hari ini.
Rakaman kejadian yang tular di media sosial bagaimanapun memaparkan anggota dan pegawai yang terbabit terselamat tanpa sebarang kecederaan.
Difahamkan, pemandu bertindak demikian selepas disaman oleh anggota JPJ kerana dipercayai tidak memiliki lesen memandu kelas F.
Please subscribe
Join our Telegram Channel