PANAS: Haneesya Hanee terima gangguan seksual gara-gara video bersenam dengan adik lelaki



Pelakon Haneesya Hanee terpalit dengan isu gangguan seksual menerusi platform TikTok miliknya, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian tersebut, Haneesya telah memuat naik video ketika sedang bersenam bersama adiknya, Syed Hezreek di sebuah gimnasium.



Namun, ada pihak yang mengaitkan perkongsian tersebut dengan perbuatan sumbang mahram dan menghantar komen-komen yang menjijikkan terhadap pelakon itu.

Selain itu, Haneesya juga telah membuat penjelasan menerusi akaun Instagram miliknya dan berharap agar orang ramai  menghentikan perbuatan tersebut.

Dalam pada itu, Haneesya sempat meluahkan rasa penat apabila dikaitkan dengan gangguan seksual sebegini.

Menurut Haneesya, orang ramai perlu tahu perkara-perkara yang boleh dikategorikan sebagai gangguan seksual.


“Ya, benda tu agak memenatkan. Sebenarnya benda ni bukan isu tutup aurat ke tak, sedangkan kambing pun orang pergi rogol padahal kambing tu berbulu.

“Walaupun bertutup litup sekalipun tetap akan ada manusia yang berhawa nafsu macam tu,” kongsinya ketika dihubungi XTRA.

Haneesya turut menyifatkan mereka yang memberi komen-komen negatif ini cemburu akan keakraban mereka adik-beradik. – Hotfm






Join our Telegram Channel
Telegram