VETERAN Umno, Tan Sri Shahrir Samad mengingatkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya tidak ‘menterbalikkan’ fakta berhubung desakan Umno menuntut Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) segera.
Shahrir yang juga Ketua Umno Bahagian Johor Bahru, tuurt menolak dakwaan Mohamed Azmin bahawa hanya ‘satu dua kerat pemimpin Umno’ yang mahukan PRU15 segera, tetapi menjelaskan hanya segelintir sahaja yang menolak perkara itu demi kepentingan peribadi.
“Bukan ‘satu dua kerat pemimpin Umno’ yang mahukan pilihanraya tapi sebenarnya, satu dua kerat pemimpin Umno yang tidak mahu pilihan raya kerana kepentingan peribadi mereka.
“Janganlah suka sangat terbalikkan fakta,” katanya menerusi Facebook.
Semalam Mohamed Azmin menegaskan PRU15 tidak sesuai diadakan dalam tempoh terdekat memandangkan proses membangunkan semula ekonomi negara dan rakyat yang terkesan akibat Covid-19 memerlukan sedikit masa lagi.
Beliau yang juga Menteri Kanan Perdagangan, Antarabangsa dan Industri berkata, pada ketika ini, tumpuan perlu diarahkan kepada pelaksanaan program-program pemulihan ekonomi.
Katanya, ia bagi mewujudkan lebih banyak peluang bagi bakat-bakat tempatan serta melindungi kesihatan rakyat dalam terus memacu pertumbuhan yang lestari pada masa akan datang.
Menurut Azmin, ketika ini juga, Malaysia turut berada di landasan yang tepat bagi proses pemulihan ekonomi samada di peringkat negeri-negeri ataupun negara.
Sementara itu, Shahrir menyelar perkataan ‘nafsu serakah’ yang digunakan Mohamed Azmin terhadap pemimpin Umno.
Join our Telegram Channel