Isteri Afdlin Shauki tampil dedah sudah bercerai, habis iddah



Selepas 25 tahun mendirikan rumah tangga, isteri kepada pengarah filem dan pelakon Datuk Afdlin Shauki iaitu Datin Maria Christina Orow Abdullah mengumumkan penceraian mereka semalam.

Menerusi satu posting di laman Instagram, Maria yang sudah tamat tempoh iddah memaklumkan bahawa mereka mengambil keputusan untuk berpisah pada April lalu.

Menurut Maria, hubungan mereka mula bermasalah dalam tempoh pandemik Covid-19 sehingga membuatkan kehidupan masing-masing berubah.


“Apabila pandemik melanda, kehidupan kami mula berubah. Kami cuba untuk menyelesaikan situasi itu pada tahun ini tetapi berlaku sebaliknya kerana tiada lagi persefahaman.

“Namun begitu, kami masih bergelar ibu bapa kepada anak-anak dan memberi sokongan serta kasih sayang sebagai sebuah keluarga,” katanya.

Maria berkata, perpisahan bukan bermaksud sebuah pengakhiran tetapi mereka tetap saling berhubung antara satu sama lain apatah lagi Afdlin pernah menjadi insan bermakna dalam kehidupannya.


“Kami harap rakan-rakan dan ahli keluarga tidak bersedih dan orang ramai menerima berita ini sebagai satu perkara agak biasa yang dilalui segelintir pasangan,” ujarnya.

Selain itu, dia juga meminta agar privasi ahli keluarga dan anak-anaknya dapat dihormati selain berharap orang ramai dalam keadaan dan bahagia.

Untuk rekod, Afdlin dan Maria mendirikan rumah tangga pada tahun 1997 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mia Sara, Anais dan Ileana Matin.

Mia Sara yang merupakan anak sulung turut terbabit dalam bidang lakonan dimana kini tampil menerusi drama rantaian Histeria The Movie. – OhMyMedia





Join our Telegram Channel
Telegram