Polis siasat wanita hafal 15 juzuk Al-Quran, buka pakaian, mengaku swinger, hina Islam di kelab komedi



Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat sebuah video tular yang menyaksikan seorang wanita didakwa menghina agama Islam ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi.

Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata pihaknya menerima laporan berhubung video itu hari ini dan siasatan di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaaan (melukakan perasaan umat Islam) itu dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

"Kes berkenaan turut disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.


“PDRM akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang bertindak menjejaskan ketenteraman awam dan keselamatan negara sebagaimana yang diperuntukkan undang-undang,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Noorsiah meminta orang ramai agar tidak memainkan sebarang isu yang boleh menyentuh sensitiviti perkauman dan keagamaan dalam kalangan masyarakat.

Terdahulu, tular sebuah video di aplikasi TikTok milik pengguna akaun @mie_8099 yang memperlihatkan seorang wanita membuka tudung dan baju kurung yang dipakainya selepas memperkenalkan diri sewaktu membuat persembahan di sebuah kelab di sekitar Taman Tun Dr Ismail, di Kuala Lumpur.


Menerusi klip video berdurasi 53 saat itu, wanita berkenaan turut mengakui statusnya sebagai orang Melayu dan beragama Islam selain telah menghafal 15 juzuk al-Quran.

Sehubungan itu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan hari ini dilaporkan turut menjalankan siasatan berhubung klip video terbabit. – Bernama




Please subscribe


Please subscribe


ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram