Wanita hafal 15 juzuk Al-Quran, teman lelaki mengaku tidak bersalah hina Islam



KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang menimbulkan kontroversi semasa membuat persembahan komediri minggu lepas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tuduhan menghina agama Islam.

Siti Nuramira Abdullah didakwa mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan suasana tidak harmoni dalam kalangan umat Islam ketika membuat persembahan di Crackhouse Comedy Club, Taman Tun Dr Ismail pada 4 Jun.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara antara dua hingga lima tahun.

Nuramira ditahan Bukit Aman Ahad lepas dan sejak itu berada bawah reman.


Terdahulu, tular video 54 saat menunjukkan seorang wanita berpakaian sopan membuat persembahan komediri di kelab tersebut.

Dalam persembahannya, wanita itu mendakwa beragama Islam serta menghafal 15 juzuk al-Quran sebelum secara tiba-tiba menanggalkan baju kurung dan tudung dipakainya, mendedahkan pakaian tidak menutup aurat yang dipakai di dalamnya.

Timbalan Pendakwa Raya Najihah Farhana Che Awang mencadangkan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin dan menggesa mahkamah mengenakan “gag order” (perintah larangan) terhadap Nuramira.

Hakim mahkamah sesyen Siti Aminah Ghazali membenarkan Nuramira diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan turut memberi amaran kepadanya supaya tidak mengulas mengenai kes itu.


Beliau juga memerintahkan Nuramira melaporkan diri di balai polis Brickfields sebulan sekali dan menyerahkan pasportnya kepada mahkamah sementara menunggu kes selesai.

“Tertuduh tidak boleh membuat sebarang catatan mengenai kes ini di media sosial,” kata Siti Aminah.

Terdahulu, peguam Nuramira, R Sivaraj, menggesa mahkamah membenarkan ikat jamin kerana menurutnya, anak guamnya tiada risiko melarikan diri.

“Beliau memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis semasa siasatan,” katanya

Nuramira turut diwakili peguam Shaharudin Ali. – FMT


PETALING JAYA: Teman lelaki Siti Nuramira Abdullah, wanita yang menimbulkan kontroversi semasa membuat persembahan komediri, didakwa atas dua tuduhan memuat naik kandungan menghina di media sosial.

Penulis bebas Alexander Navin Vijayachandran, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas tuduhan dibacakan di hadapan hakim Mahkamah Sesyen, Azrul Darus.

Bagi tuduhan pertama, Navin didakwa berkongsi hantaran di akaun Instagram miliknya pada 5 Jun dengan niat menghina orang lain.

Mengikut tuduhan kedua pula, dia didakwa berkongsi kandungan di akaun YouTube miliknya pada 16 Jun dengan niat yang sama.


Tuduhan-tuduhan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 itu membawa hukuman penjara maksimum satu tahun, denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Azrul membenarkan Navin diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 1 Sept untuk sebutan kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Firdaous Mohamed Idris, manakala Navin diwakili R Sivaraj.

Awal hari ini, Nuramira mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan suasana tidak harmoni dalam kalangan umat Islam ketika membuat persembahan di Crackhouse Comedy Club, Taman Tun Dr Ismail pada 4 Jun. – FMT


ARTIKEL BERKAITAN:



Please subscribe


Please subscribe



Please subscribe


Please subscribe



Please subscribe

Join our Telegram Channel
Telegram