Crackhouse tiada lesen hiburan



Kelab Komedi Crackhouse telah beroperasi tanpa lesen hiburan, kata Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Jalaluddin Alias.

Premis di Taman Tun Dr Ismail yang terletak di bawah bidang kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu hanya mempunyai lesen restoran, katanya.

"Mereka perlukan kedua-duanya. Jadi mereka pasti melanggar syarat-syarat itu," katanya kepada akhbar berbahasa Inggeris The Star.

Jalaluddin berkata DBKL akan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada pengendali kelab berkenaan hari ini (Selasa). Crackhouse perlu menjawap dalam masa 14 hari.


Operasi kelab komedi itu digantung sejak Ahad lalu susulan siasatan ke atas satu klip video tular yang dipercayai menghina agama Islam.

Video berdurasi 54 saat itu tular di media sosial dan mendapat pelbagai komen dalam kalangan netizen apabila seorang wanita yang bertudung dan memakai baju kurung mendakwa dirinya telah menghafaz 15 juzuk Al-Quran sebelum menanggalkan pakaian yang menutup aurat itu dan hanya meninggalkan pakaian yang mencolok mata.

Tindakan menggantung sementara operas kelab itu, bagaimanapun, menerima banyak kritikan daripada pelawak dan warga maya yang percaya kelab tersebut tidak sepatutnya dihukum atas tindakan wanita berkenaan yang melakukannya secara spontan.

Jalaluddin dilaporkan berkata Crackhouse boleh memfailkan rayuan dalam tempoh 14 hari, dan juga memohon lesen hiburan daripada DBKL.

"Saya akan menyerahkan kepada jawatankuasa untuk menyiasat sama ada lesen sekarang telah disalahgunakan," katanya. – Mkini


ARTIKEL BERKAITAN:



Please subscribe


Please subscribe



Please subscribe


Please subscribe



Please subscribe

Join our Telegram Channel
Telegram