Zalim guna Sosma, tahan orang tanpa bicara - Mahathir



Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mengkritik peruntukan berkaitan penahanan tanpa bicara dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) dengan menyifatkannya sebagai zalim.

Kritikan itu dibuat dua hari selepas Dewan Rakyat meluluskan usul bagi melanjutkan penguatkuasaan Subseksyen 4(5) Sosma selama lima tahun, yang antaranya membenarkan polis menahan suspek sehingga 28 hari tanpa pengawasan mahkamah.

"Kita patuh kepada rules of law, mengikut kepada undang-undang,” katanya dalam seminar penjenamaan semula naratif politik Melayu di Seri Kembangan pagi ini.


"Jadi, kalau kita nak tangkap orang, walaupun kita ada Sosma–yang mana kita boleh tangkap orang tanpa dibicarakan, boleh jatuh hukuman, boleh masuk dalam tahanan–itu satu tindakan yang zalim.”

Dewan Dewan pada 26 Julai meluluskan lanjutan penguatkuasaan itu walaupun mendapat tentangan pembangkang.

Pembangkang gagal menyekat usul itu dan hanya mendapat 88 undi menentang. Seramai 111 menyokong usul itu manakala 21 lagi tidak hadir. –  Mkini




Join our Telegram Channel
Telegram