Paderi, birawati juga tonton bahan lucah, kata Pope Francis



ROM, Itali – Pemimpin gereja Roman Katholik, Pope Francis mengaku bahawa sebilangan paderi dan birawati kerap menonton video lucah di internet, lapor portal berita MailOnline semalam.

Beliau memaklumkan perkara itu ketika berucap kepada ahli-ahli seminar di Rom pada Isnin lalu sambil berkata, bahan lucah di internet adalah ‘maksiat’ yang selalu dikongsikan antara ahli gereja. 

“Ia adalah bahan maksiat yang dimiliki orang ramai, orang awam, paderi dan birawati. Saya tidak bercakap mengenai jenayah pornografi melibatkan penderaan kanak-kanak tetapi bahan lucah yang ‘normal’.


“Saudara-saudari yang dikasihi, berhati-hatilah tentang perkara ini,” demikian amaran Pope Francis kepada mereka.

Paderi dan biarawati Katholik dilarang menonton bahan pornografi, dengan doktrin Katekismus mentakrifkan imej seksual sebagai ‘kesalahan terhadap kesucian’ di bawah artikel 2354.

Pada tahun 2020, akaun Instagram Pope Francis kelihatan ‘memberi tanda suka’ pada gambar seorang model Brazil berbikini yang memakai stoking dan seluar dalam.


Model itu, Natalie Garibotto berkata, akaun Franciscus yang disahkan adalah antara beribu-ribu yang menyukai imejnya setelah dimuat naik pada 5 Oktober lalu.

Akan tetapi, akaun itu kemudiannya ‘tidak menyukai’ foto itu, sejurus sebelum Vatican City berkata, pihaknya sedang melancarkan siasatan.

Akaun media sosial Pope Francis telah diuruskan oleh sebuah pasukan. – Agensi







Join our Telegram Channel
Telegram