Selipar Steve Jobs dilelong hampir RM1 juta (6 gambar)



LOS ANGELES: Sepasang selipar Birkenstock terpakai milik pengasas bersama syarikat Apple, Steve Jobs yang mempopularkan idea eksekutif teknologi memakai pakaian yang sama dalam penampilan awam telah dilelong hampir AS$200,000 (RM998,250) oleh sebuah firma lelongan berpangkalan di California, Amerika Syarikat pada Ahad.

Firma Julien's yang mengendalikan lelongan itu menjangkakan selipar tersebut akan dilelong antara AS$60,000 (RM272,250) dan AS$80,000 (RM363,000).

Bagaimanapun, pembelinya tidak didedahkan.


Selipar kotor itu dipakai oleh Jobs pada tahun 1970-an dan 1980-an dan diselamatkan daripada menjadi sampah oleh Mark Sheff yang menguruskan salah satu hartanah ahli teknologi itu di Albany, California, pada tahun 1980-an.

Jobs memakai sandal ini semasa detik-detik penting dalam sejarah Apple, kata firma lelongan itu dalam laman webnya.

Pada tahun 1976, dia memulakan pengeluaran komputer Apple di garaj rumah keluarganya di Los Altos dengan rakannya, Steve Wozniak dan beberapa orang lagi sambil sekali-sekala memakai selipar tersebut.

Jobs meninggal dunia pada 5 Oktober 2011 ketika berusia 56 tahun selepas bertarung lama dengan kanser pankreas. – Agensi













Join our Telegram Channel
Telegram