Ya, saya agak kecewa. Ya, memang.
Tapi saya tak pernah melihatkan, menunjukkan kekecewaan saya.
Saya Perdana Menteri Umno. Untuk memperkukuhkan Umno, dari 29 menteri kabinet, 14 adalah menteri BN dan perdana menteri. 1 + 13.
Jadi, BN di dalam kabinet ada 14 daripada 29 tau 30 kalau tak silap saya.
Jadi separuh dari kabinet itu, bagi kita memperkuatkan parti kita walaupun kita ada hanya 42 kerusi di Parlimen, tetapi di dalam kabinet kita ada separuh dari menteri Umno.
Exec 3, 11 Umno campur 1 perdana menteri campur 2 BN dari MCA MIC, 14.
Tetapi saya ditekan dari kepimpinan Umno sendiri seperti saya ni bukan menteri Umno.
Setiap apa yang berlaku pressure-nya lebih kuat kepada saya.
Baguslah cadangan-cadangan yang bagus saya setuju. Tetapi kenapa tak gunakan saluran yang betul untuk beri arahan kepada saya, beri pandangan daripada parti?
Mesyuarat MT setiap bulan, beritahulah saya apa yang patut saya buat. Tak payahlah bantai saya dalam surat khabar, contohnya.
Ini dalam media secara terbuka attack saya.
Orang nampak saya ni seperti pemimpin parti bukan Umno.
Dan hari ini yang dibanggakan sangat, hanya 1 timbalan perdana menteri, campur dengan 5 lagi menteri lain. 6 dalam kabinet.
Dia kata inilah satu pencapaian yang besar kepada kita. Ada 6 menteri Umno termasuk 1 timbalan perdana menteri.
Sedangkan saya 14 menteri BN termasuk perdana menteri.
Dan hari ini tiada siapa yang komen tentang kerajaan, tiada siapa kepimpinan Umno yang kritik kerajaan.
Dulu saya sama-sama Umno dikritik begitu teruk, tetapi hari ini disanjung begitu mulia pemimpin parti lain.
Walaupun kita dalam coalition yang sama tetapi kita dilanyak seperti kita ni pembangkang.
Umno ni seperti pembangkang sewaktu saya pemerintah. Sekarang ni dia punya lambung, kita tengoklah, benda yang tak munasabah yang dilakukan kerajaan kadang-kadang diaoranglah yang mempertahankan.
Saya expect sayalah yang dipertahankan, dipertahankan kalau saya ada buat, kalau kritik terlalu keras, merekalah yang jadi perisai kepada saya. Tapi dulu mereka join saya untuk attack saya.
Jadi memang saya agak terasa tapi bagi saya takpelah.
ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel