Hakim tampil nafi Najib tukar peguam sebab nak tangguh rayuan



Ada yang tuduh pertukaran peguam adalah strategi Najib untuk tangguhkan rayuan pada tahun lepas.

Tak benar.

Berikut adalah petikan dari penghakiman bertulis Hakim Besar Sabah dan Sarawak yang berpendapat bahawa Najib telah dinafikan perbicaraan yang adil dan patut dibebaskan.

"Merujuk kepada permohonan penangguhan tiga hingga empat bulan perbicaraan rayuan utama oleh pemohon, Hakim Abdul Rahman berkata, ia perlu diterima sebagai dibuat dengan niat suci hati, dan bukannya muslihat atau strategi beliau untuk menangguhkan pendengaran rayuan utama seperti yang didakwa oleh pihak pendakwaan.

“Apa yang penting perlu diambil perhatian secara keseluruhan ialah tiada dakwaan, terbukti atau sebaliknya, bahawa penangguhan tiga hingga empat bulan adalah satu muslihat atau strategi oleh pemohon bagi menangguhkan pendengaran rayuan utama,” katanya.


Menjelas lebih lanjut, hakim itu berkata, rekod Najib tidak menunjukkan bahawa beliau mempunyai tabiat menukar peguam, apatah lagi menukar peguam bagi tujuan melengahkan prosiding, justeru pemohon tidak boleh dipersalahkan kerana mendengar nasihat peguamnya.

Menyentuh mengenai pelantikan firma Zaid Ibrahim Suffian TH Liew & Partners (Messrs ZIST), hakim itu berpendapat bahawa, Najib melantik firma itu hanya selepas Mahkamah Tinggi KL menolak permohonan Peguam Diraja dari United Kingdom, Jonathan Laidlaw untuk mewakilinya.

Kata hakim itu, menurut Najib, beliau juga telah membayar fi penuh kepada Laidlaw bagi mewakilinya di rayuan akhir kes  itu, tetapi ia tidak kesampaian apabila mahkamah tinggi menolak permohonan Laidlaw untuk mewakili Najib.

“Perkara ini tidak dipertikaikan oleh pendakwaan. Oleh itu, pelantikan peguamcara baru dan peguam diperlukan Najib, susulan keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan kemasukan Peguam Diraja itu….oleh itu, pelantikan peguam baru bukan untuk menangguhkan pendengaran rayuan utama,” katanya."

Rujuk di sini.

Ini benar.


Memandangkan sudah dua kali tidak berjaya di peringkat Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, Najib berpendapat bahawa dia perlu kuatkan pasukan pembelaannya.

Jadi, sebulan selepas Mahkamah Rayuan tolak Najib pada Disember 2021, peguam Najib Tan Sri Shafee Abdullah telah menulis enam helaian surat kepada Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun pada 25 Januari 2022 mengenai hasratnya untuk melantik QC dari United Kingdom bagi membantu dalam isu dan persoalan perundangan yang kompleks dalam rayuannya.

Rujuk di sini.

Namun, mahkamah hanya tolak permohonan Najib hampir 6 bulan kemudian pada 21 Julai 2022 iaitu kurang sebulan sebelum rayuan Najib di Mahkamah Persekutuan bermula biarpun Najib sudah membayar fi penuh kepada peguam diRaja.

Seperti pendapat Hakim Besar Sabah dan Sarawak, penolakan ini adalah punca Najib tukar peguam.

Biarpun ianya mahkamah sendiri yang lambat dan telah menghabiskan tempoh 6 bulan untuk membuat keputusan berkenaan permohonan Najib bagi peguam Diraja, hasrat peguam baharu Najib diberi penangguhan 3 hingga 4 bulan untuk bersedia turut ditolak Mahkamah juga sehingga Najib telah dinafikan hak pembelaan yang sewajarnya.

Ini antara satu lagi sebab kenapa ramai yang tak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah dan percaya bahawa Najib telah dinafikan keadilan.

− Najib Razak





Join our Telegram Channel
Telegram