Polis kesan Roslizal Razali bantu siasatan kes akta hasutan



Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan seorang lelaki bernama Roslizal Razali bagi membantu siasatan kes.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, ACP A Skandaguru dalam kenyataan berkata Roslizal, 46, dikehendaki bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Beliau berkata orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Mohamad Fairol Abu Bakar di talian 016-4469473 atau 03-22666071. − Bernama







Join our Telegram Channel
Telegram