Kit Siang meninggal saya masuk Islam – Guan Eng



Ketua Menteri Penang, Lim Guan Eng baru-baru ini mengemparkan hadirin dengan ucapan beliau ketika turun berceramah dan bertemu rakyat bahawa beliau ingin mengikut jejak langkah Umar Abdul Aziz. 

Ramai yang tertanya, adakah Guan Eng kenal siapa dia Umar sebernarnya? Adakah dia main sebut sahaja?

Hadirin yang mengikut ceramah tersebut bagaimanapun tidak berganjak kerana mahukan kepastian dan motif utama ucapan Guan Eng. Sepanjang ucapannya Guan Eng hanya bercerita kisah kehebatan Umar Abdul Aziz.


Kata Guan Eng, Umar tidak ambil sesen pun duit rakyat, Umar memulangkan kembali wang peruntukan kerajaan yang diberi kepadanya, Umar juga memadamkan lampu kerajaan apabila menerima kehadiran anak beliau yang bertujuan urusan peribadi dikediaman beliau dan bermacam lagi yang diperkatan oleh Guan Eng mengenai Umar Abdul Aziz.

Dalam ucapannya Guan Eng menyanjung tinggi Umar Abdul Aziz yang menjadi idolanya. Guan Eng juga berazam akan mengotakan janji beliau kepada rakyat, seperti yang dilakukan oleh Umar Abdul Aziz.

Dalam sesi soal jawab pula, ada hadirin yang bertanya, bagaimana Guan Eng mengetahui kisah Umar Abdul Aziz ini kerana ada di antara orang Islam yang tidak mengenali Umar Abdul Aziz.

Guan Eng dalam kenyataannya berkata, ketika beliau dipenjarakan dahulu, Dato’Fadhil Noor (Al Marhum Presiden PAS) antara orang yang kerap mengunjungi beliau dan Dato Fadhil Noor orang yang kerap membekalkan buku-buku berkaitan dengan Islam, ini termasuklah buku mengenai kisah Umar Abdul Aziz.

Dari buku tersebutlah Guan Eng mengenali tokoh Islam tersebut.

Dalam pertemuan yang lain pula, sebagai seorang Ketua Menteri, sudah tentu Guan Eng diberi kediaman rasmi, tetapi beliau tidak mendiami rumah rasmi tersebut, dan beliau masih menumpang di rumah bapanya, Lim Kit Siang.


Apabila ditanya Mat Sabu, mengapa Guan Eng tidak menerima kediaman rasmi Ketua Menteri tersebut, Guan Eng berkata, untuk tinggal di rumah tersebut, ia perlu di ubahsuai, dan kos pengubahsuaian itu menelan belanja RM 300,000.00. Guan Eng berkata beliau tidak sanggup membazirkan duit rakyat untuk mengubahsuai kediaman Ketuan Menteri tersebut.

Mat Sabu turut memesan kepada Guan Eng, bahawa Guan Eng boleh menjadi seperti Umar Abdul Aziz, tetapi Guan Eng bukan beragama Islam seperti Umar Abdul Aziz dan “bagaimana awak (Guan Eng) mahu mengatasi kekurangan ini”?

Jawapan yang di beri Guan Eng, “ Tunggu ayah saya meninggal dulu”..

Apakah kenyataan ini ikhlas dari hati Guan Eng? Jika ia benar-benar ikhlas, ia akan menjadi satu tamparan hebat kepada Karpal Singh dan juga bapanya Lim Kit Siang.

Jika niat Guan Eng itu benar, kita sama-samalah doakan agar hajatnya itu dimakbulkan Allah S.W.T

Adakah tindakan Guan Eng bakal dipersetujui oleh pengikut beliau yang bukan beragama Islam? – Suaramerdeka
















Join our Telegram Channel
Telegram