Bubar Parlimen, halang DAP dapat lebih kerusi



KUALA LUMPUR – Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) berpandangan, langkah terbaik untuk menghalang DAP daripada mendapat lebih kerusi di Dewan Rakyat adalah dengan membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya umum (PRU) segera.

Presidennya, Aminuddin Yahaya mendakwa, meskipun umum mengetahui Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan berbuat demikian ekoran merasai risiko terhadap kedudukan diri beliau dan partinya tetapi penyelesaian paling praktikal buat masa ini adalah menubuhkan kerajaan yang dibina menerusi gabungan antara Pas, Barisan Nasional (BN), Parti Gabungan Sarawak (GPS) serta ahli-ahli Parlimen yang pro kepada beliau.

Loading...

“Ini akan mengekang segala perancangan dan pencaturan DAP terutamanya usaha mengubah sistem pilihan raya perwakilan berkadar itu,” katanya menerusi kenyataan kepada MalaysiaGazette hari ini.

Aminuddin mengulas laporan kenyataan Felo Penyelidik Majlis Profesor Negara (MPN), Dr. Muhammad Asri Mohd. Ali yang mengatakan pelaksanaan sistem pilihan raya sedia ada iaitu First Past The Post (FPTP) kepada sistem perwakilan berkadar (PR) akan membolehkan DAP memenangi lebih 60 kerusi Parlimen pada masa akan datang.

Loading...

Menurut Muhammad Asri, langkah itu akan membolehkan DAP menuntut jawatan Perdana Menteri kerana memiliki blok kerusi terbanyak di Parlimen.

Beliau berkata, para pengundi Melayu pula terpaksa terus membuat pilihan ke atas parti-parti Melayu yang banyak semasa pilihan raya umum (PRU).

Loading...

Mengulas lanjut Aminuddin berkata, alternatifnya menyingkirkan DAP daripada kerajaan pastinya akan mendapat tentangan daripada gerombolan politikus Melayu dalam Pakatan Harapan (PH) yang tidak bersetuju kerana terlalu sayangkan DAP.

Ujarnya, semua itu terserah pada pemimpin-pemimpin parti politik Melayu sama ada mereka sanggup berjiwa besar demi kepentingan umat atau hanya akan menurut ego masing-masing.

Loading...

“Kita hanya mampu menasihati dan mendesak sahaja tetapi rakyat sedang menilai.” tambahnya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:



Join our Telegram Channel
Telegram