AUDIO: DAP akan mengepalai UMNO di blok pembangkang?



Semalam telah tular satu audio mendakwa bahawa UMNO akan bersama dengan DAP di blok pembangkang jika menolak untuk bersama dengan Tun Dr Mahathir membentuk kerajaan campuran yang baharu.

Suara yang dikatakan milik Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bera, Ismail Shafie itu mendakwa beliau telah mendapat pencerahan daripada Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Bera mengenai perkara itu.

Menurut Ismail, UMNO hanya tinggal 15 kerusi sahaja dan terpaksa melantik DAP mengepalai blok pembangkang pada waktu itu di atas faktor kerusi majoriti.


Loading...

Sebelum ini isu kerajaan campuran antara UMNO-PAS dengan Tun Mahathir menjadi hangat diperkatakan di media sosial apabila tular rakaman audio Presiden UMNO Zahid Hamidi mencadangkan perkara itu di dalam mesyuarat tertutup bersama Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

Bagaimanapun, Ketua Penerangan Umno Dato' Dr Shamsul Anuar Nasarah telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi bahawa belum ada sebarang keputusan atau tindakan yang dimutamadkan oleh parti mengenai perkara itu.

Majlis Tertinggi UMNO dikhabarkan akan mengadakan menyuarat bagi memutuskan perkara itu pada Jumaat ini. – Cinca?


Loading...

Berikut adalah transkrip audio yang tular;

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.

Saya ingin memperjelaskan sedikit kekeliruan tentang Dr Mahathir.

Saya baru dapat penerangan daripada Yang Berhormat Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob kepada saya dengan panjang lebar.

Tapi kesimpulannya.. Kesimpulannya ialah.. Kenapa UMNO terima Dr Mahathir?

Pertama, Kalau UMNO tolak Dr Mahathir, kita akan duduk di blok pembangkang, bersama group Anwar Ibrahim, group DAP dan UMNO. Tiga group saja yang akan bersama dengan DAP.

Saya fikir betul apa yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Dato' Sri Ismail Sabri.


Loading...

Takkanlah kita nak terima DAP?

DAP akan lead dalam blok pembangkang kerana DAP majoriti, dia tinggi

UMNO berpecah dua.

Kalau Hishamuddin bawa lari, bawa lari Ahli Parlimen BN kepada Dr Mahathir, kita hanya yang tinggal 15 kerusi saje.

Yang bersama dengan Dato' Sri Ismail Sabri dan beberapa orang lagi. Hanya tinggal 15 kerusi.

Kalau 15 kerusi, bermakna DAP akan lead blok pembangkang.


Loading...

Saya fikir kalau DAP dengan Mahathir, elok la Mahathir kan?

Saya memang benci kat Mahathir! Terus terang saya cakap.

Saya memang benci kat Mahathir, tapi demi kepentingan Melayu saya terpaksa terima juga. Tapi buat sementara waktu aje.

Selepas ini UMNO akan ambil alih balik menjadi Perdana Menteri.

Sementara, ok.

Dr Mahathir pun tak lama, sekejap aje kata dia. Sekejap je.. kita terima.

Kekeliruan ni, saya dapat penjelasan, saya dah boleh terima, saya tarik balik apa yang saya cakap akan keluar UMNO jika Mahathir diterima.. bekerja sama dengan UMNO.

Saya harap kawan-kawan yang ada kekeliruan ingat dapat penjelasan.


Loading...

Sebenarnya Datuk Haji Alwi lebih maklum perkara ini, Dia tak berani nak cakap lagi kerana MT akan bermesyuarat pada hari Jumaat ni.

Tapi, Dato' Sri Ismail Sabri disebabkan oleh saya akan keluar UMNO, dia terangkan kepada saya, dan saya faham sekarang apa yang berlaku.

Sahabat saya, Dato' Bakar saya harap dapat tarik balik benda-benda ni untuk kepentingan Melayu.

Terima kasih, Assalamualaikum.  – Cinca?


Loading...



Please subscribe


Loading...





Join our Telegram Channel
Telegram