"Dia tinggalkan mak dia ke?" – Najib



Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak memuat naik satu hantaran di halaman facebook miliknya menyindir Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Hantaran yang dibuat kelmarin itu mempersoalkan tindakan Syed Saddiq melarikan diri dengan memanjat pagar meninggalkan ibunya di lokasi kejadian.

Meninggalkan ibu sendiri di saat ramai orang mengepung dan mungkin merusuh merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab, apatah lagi sebagai seorang anak lelaki.


Loading...

Sebelum ini Syed Saddiq yang juga Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) mendakwa beliau dikepung lebih 200 gangster yang memaksanya meminta maaf kepada Tengku Mahkota Johor (TMJ).

Di dalam satu hantaran yang lain Syed Sadiq mengesahkan yang ibu bapanya turut hadir di program berkenaan namun nasib ibu bapanya di majlis tersebut tidak diketahui sehingga ke hari ini.

Najib Razak yang juga Ahli Parlimen Pekan itu juga turut mempersoalkan diskriminasi pihak berkuasa di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) terhadap Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang terkorban di dalam insiden rusuhan Kuil Seafield dan insiden yang berlaku kepada Syed Saddiq yang mana memerlukan hanya satu,dua atau tiga hari sahaja untuk mereka menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat kejadian tersebut. – Cinca?

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan saya seorang je yang panjat pagar – Syed Saddiq


Loading...

Errrr.... dia tinggalkan mak dia ke?

Harap-harap semua ok ye.

Biasanya kita kalau kena kepung, terus call polis.

Polis datang settle.

Menteri juga ada bodyguard dan SB biasanya juga berdekatan.

Ini dia kata lepas 2 jam kena kepung dia panjat pagar lari.

Tak tahulah saya.

Ni dia kritik PDRM tidak buat kerja, tidak efektif ke?

Kalau kita rakyat ni macam mana?

Masih ingat lagi tak, tahun lepas masa himpunan parti, dia jalan tempang, pipi bertampal.

Apapun, rakyat dah bosan dan letih dengan semua ini.

Janji perlu ditunai.

Kebajikan rakyat perlu dipelihara.

Masa depan rakyat perlu terjamin. – Najib Razak


Loading...



Loading...

1. Rusuhan Seafiled (Nov 2018).
- beribu orang merusuh untuk 2 malam.
- ahli bomba dipukul. Kereta bomba dirosakkan.
- Menteri-menteri PH tak suruh tubuh pasukan khas untuk siasat. Malah buat sidang media bersama di palimen untuk salahkan Polis.

2. Keputusan inkues kematian ahli bomba (Sept 2019)
- disahkan bahawa ahli bomba meninggal akibat dipukul dalam rusuhan
- sekali lagi, tidak ada seroang-menteri PH yang suruh tubuh pasukan khas Polis untuk siasat keputusan inkues.
- malah TPM Wan Azizah kata tiada keperluan pasukan khas. Pihak polis cuma semak semula kertas siasatan mereka.

27 Sept 2019: "Ditanya sama ada kerajaan akan mengarahkan polis untuk menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat kes itu, Dr Wan Azizah berkata, setakat ini pihaknya berpegang kepada kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador bahawa polis akan menyemak kembali siasatan kes tersebut."
http://www.themalaysiantimes.com.my/inkues-adib-jangan-mainkan-isu-perkauman-dr-wan-azizah

3. Menteri panjat pagar (Jan 2020)
- Menteri PH dikepung dan dimaki 150 hingga 200 orang.
- Menteri pun panjat pagar.
- Menteri PH suruh polis tubuh pasukan khas untuk siasat kenapa Menteri terpaksa panjat pagar.
- Polis pun tubuh pasukan khas untuk siasat.

– Najib Razak

Loading...




Join our Telegram Channel
Telegram