Fakta kewujudan bangsa Melayu di serata dunia



Bangsa Melayu sebenarnya bukanlah satu bangsa yang hanya wujud di nusantara sahaja. Bangsa ini telah bertebaran keluar dari Kepulauan Melayu itu sendiri sebelum dan selepas kedatangan penjajah.

Maka tidak hairanlah bangsa ini wujud di serata dunia pada hari ini dan membentuk perkampungan Melayu di beberapa negara.


Loading...

Malay Street, Sri Lanka

Antara negara yang dihuni masyarakat Melayu pada hari ini adalah Malay Street di Sri Langka.

Sri Lanka di diami oleh masyarakat yang berbilang kaum. Orang Melayu yang berada di Sri Lanka berasal daripada keturunan Jawa yang dibuang ke pulau ini oleh Belanda.

Kebanyakannya tiba di Sri Lanka semasa pemerintahan kolonial Belanda lebih 200 tahun yang lalu.

Bahasa Melayu juga masih lagi diamalkan walaupun lenggok bahasa dan cara percakapan tidaklah seperti kita di Malaysia, pertuturan mereka lebih baku disebabkan evolusi dan percampuran bahasa.


Loading...

Bahkan hari ini, orang Melayu Sri Lanka tidak terpinggir dan berpeluang menjawat jawatan di pejabat kerajaan atau swasta selain menjadi peniaga.

Walaupun keturunan Melayu sudah lama bertapak di Sri Lanka, mereka masih lagi mengekalkan ciri kemelayuan dalam diri mereka.

Baju tradisional Melayu seperti baju kurung dan baju Melayu kebiasaannya akan dipakai pada acara tertentu seperti majlis perkahwinan, kenduri atau sambutan Aidilfitri.

Melayu di Sri Lanka masih kuat bersatu hingga sekarang tambahan lagi dengan kewujudan Persatuan Melayu Sri Lanka yang sentiasa aktif dengan pelbagai aktiviti.


Loading...

Melayu Cocos, Australia

Pulau Cocos dan Pulau Krismas berada dalam wilayah Australia yang terletak di Lautan Hindi.

Orang Melayu Cocos berasal dari keturunan peneroka Melayu dari tanah jajahan British seperti Tanah Melayu, Singapura, Brunei dan Kepulauan Riau.

Mengikut sejarah, buruh Melayu dibawa ke pulau terbabit sejak 1812 oleh British untuk bekerja dalam sektor perladangan, penternakan, menjadi penyelam mencari mutiara serta lain-lain pekerjaan.


Loading...

Kebanyakan komuniti Melayu yang menetap di Pulau Krismas adalah buruh yang dibawa dari Malaysia manakala buruh dari Indonesia menetap di Pulau Cocos.

Segelintir penduduk dari kedua buah pulau ini beransur-ansur pindah ke Katanning sejak tahun 70-an kerana kekurangan peluang pekerjaan.

Bahkan pada hari ini, mereka masih lagi mengekalkan sifat kemelayuan dan keagamaan yang kuat malah tidak lama dulu, sebuah masjid di Katanning telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, iaitu Tunku Abdul Rahman pada tahun 1981.


Loading...

Malay Cape, Cape Town, Afrika Selatan

Cape Town merupakan sebuah kawasan yang terletak jauh di Benua Afrika. Orang Melayu telah sampai di sini sejak 200 tahun yang lalu, dan membentuk penempatan khas.

Ianya bermula daripada penangkapan orang-orang Melayu oleh penjajah Belanda. Mereka dikatakan menentang pendudukan penjajah di Kepulauan Melayu ketika itu.

Orang Melayu yang ditangkap kemudiannya dibawa ke Cape Town secara berperingkat sejak kurun ke-17.


Loading...

Menurut pertubuhan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), dianggarkan 200,000 orang Melayu tinggal di Afrika Selatan yang mana kebanyakan mereka menetap di Cape Town dan Johannesburg.

Setakat yang ditemui, hanya dua orang sahaja yang masih fasih bertutur dalam bahasa Melayu. Kedua-duanya berusia lebih 80 tahun dan merupakan generasi kedua Melayu di negara ini.

Generasi ketiga dan seterusnya sudah tidak boleh bertutur bahasa Melayu dengan fasih dan hanya mampu menggunakan perkataan mudah seperti 'selamat pagi' dan 'apa khabar'.


Loading...

Jabal Ajyad, Mekah, Arab Saudi

Kerajaan Arab Saudi pernah mengamalkan dasar terbuka dengan memberi peluang untuk sesiapa sahaja datang dan tinggal di negara ini.

Sejak itu, ramai orang Islam dari kepulauan Melayu mengambil peluang untuk tinggal di bumi anbiya ini.

Kemasukan orang Melayu pada awalnya adalah untuk mengerjakan ibadah haji dan menuntu ilmu sebelum mengambil keputusan untuk menetap terus di sini.


Loading...

Orang Melayu telah berasimilasi dengan baik sejak kedatangan mereka ke kota ini lebih 200 tahun yang lalu.

Ketika itu mereka menyara hidup melalui penglibatan dalam aktiviti pengendalian pakej-pakej haji sehingga kebanyakan mereka digelar 'Syeikh Haji'.

Lokasi penempatan jemaah haji yang datang dari Tanah Melayu menaiki kapal laut pada waktu itu hanya terletak beberapa meter dari pintu masuk Masjidilharam.

Lewat tahun 90-an, masyarakat Melayu telah berpindah ke sebuah perkampungan lain yang dinamakan Jabal Ajyad yang menempatkan perkampungan Melayu di Mekah dan dianggarkan kini komuniti Melayu di Mekah telah mencecah 50,000 orang. – OrangePita/Cinca


Loading...


Please subscribe



Join our Telegram Channel
Telegram