Hotel TH yang dijual kesemuanya untung, tidak rugi – Najib



PH kata hotel-hotel Tabung Haji dijual kerana rugi dan tidak memberi pulangan.

Tetapi semakan dari rekod SSM mendapati semua hotel-hotel itu merekodkan keuntungan pada masa BN.

Cuma untuk tahun 2018 selepas PH ambil alih, syarikat utama TH Hotel & Residence Sdn Bhd mengalami kerugian RM5 juta akibat Hotel TH Kuching telah siap tetapi tidak dibenarkan untuk bermula operasi.

Loading...

Pada tahun 2017, syarikat TH Hotel mengumumkan keuntungan sebanyak RM103 juta - mungkin kerana bangunan-bangunan TH Hotel dinilai semula setelah 10 tahun.

Itu satu kelebihan industri perhotelan kerana hartanah akan meningkat nilai setiap tahun. Hampir semua hotel-hotel TH dekat dengan airport. Tak naik nilai setiap tahun ke?

Loading...

Tabung Haji cuma ada 6 buah hotel sahaja, iaitu:

1. TH Hotel & Convention Centre Alor Setar
Telah dijual dan hotel akan ditukar nama

2. TH Hotel Kota Kinabalu
Telah dijual dan hotel akan ditukar nama

3. TH Hotel Penang
- Telah dijual dan hotel akan ditukar nama

Loading...

4. TH Hotel & Convention Centre Terengganu
- Telah dijual dan hotel akan ditukar nama

5. TH Hotel & Convention Centre Kuching
- Sudah siap sejak tahun 2018 tetapi tidak dibenarkan untuk memulakan operasi tanpa apa-apa sebab. Kalau tak dibenarkan untuk buka, bagaimana akan ada pulangan?

6. TH Hotel Kelana Jaya
- Posting Mujahid yang berkongsi tulisan blogger bahawa hotel ini juga telah diluluskan untuk dijual

Loading...

Nampaknya selepas ini, jenama "TH Hotel" akan pupus dan menjadi nota sejarah.

Nak tanya PH, mana kerugian teruk TH Hotel sehingga semua hotel-hotel mereka terpaksa dijual?

– Najib Razak

Loading...


Loading...


Loading...




Join our Telegram Channel
Telegram