PANAS: Huawei P30 Pro dijual dengan harga RM2.14



Huawei sudah tidak asing lagi di kalangan peminat-peminat telefon pintar. Selain rekabentuk yang menarik, jenama ini turut dilengkapkan dengan kamera yang hebat hasil kolaborasi bersama Leica.

Terbaharu, Huawei Malaysia sedang mengadakan promosi yang tidak masuk akal bersempena Hari Valentine.


Loading...

Promosi itu berlangsung pada 12 Februari sehingga 14 Februari di mana sejumlah produk yang menjadi rebutan ramai di pasaran sedia untuk dilepaskan.

Berdasarkan promosi yang diiklankan, orang ramai berpeluang membeli produk yang terdiri daripada Huawei nova 5T, Mate 30 serta MediaPad M3 Lite dengan harga promosi.


Loading...

Antara produk yang dinantikan ramai sudah pastinya Huawei P30 Pro yang ditawarkan pada hari ini 13 Februari dengan harga serendah RM2.14 sahaja.

Berdasarkan gambar yang dikongsikan, cuma 2 unit sahaja ditawarkan bagi setiap peranti.

Selain itu, pihak Huawei Malaysia turut menawarkan Powerbank 10,000 mAh dengan harga serendah RM2.14 sebanyak 50 unit.


Loading...

Jangan lepaskan peluang keemasan. Pastikan anda menjadi yang terawal untuk berpeluang mendapatkan peranti hangat keluaran Huawei ini dengan harga tidak masul akal ini

Boleh klik di sini untuk mendapatkan peranti yang akan dilepaskan tu nanti. – Cinca


Loading...




Join our Telegram Channel
Telegram