Isu TH: Dr Zaharuddin lepas tangan, saya tak minat politik



OSTAD ZAHARUDDIN NAK BERLEPAS TANGAN DALAM ISU TABUNG HAJI 🤬

Ok abang kakak semua...

Ostad Zaharuddin dah kata dia dah give up nak defend PH dalam isu TH. 🤣

Alasan dia sama macam alasan femes mahacai-mahacai lain...”Saya tak minat politik. Saya bukan orang politik.”

Puih! Punyalah galak ko sebar kebencian terhadap DSN dan BN dulu. Sindir sana sini. Sekarang tetibe tak minat politik. 🤮


Loading...

Nabeel masih ingat kejahatan dia serang dasar cukai yang telus seperti GST dulu. Sekarang ganti dengan SST lahanat yang bagi ruang cukup besar untuk peniaga lari cukai. 🖕🏼

Ostad Zaharuddin juga kata dia serahkan TH saja untuk jawab. Dia bukan staf TH untuk tolong jawab. 🤣

Habis tu sebelum ni beriya-iya ko jawab sampai keluar TV bagai tu semua untuk defend tindakan PH terhadap TH ni...masa tu ko staf TH ke? 🤣


Loading...

Sekarang tak mo pulak keluar TV jelaskan balik kesilapan? Upload status kat FB pun takmo. Tulis panjang-panjang dalam Telegram je. 🤣

Sempat pulak dia buat drama dengan kata dia kritik jugak KERAjaan PH. Malah dia tak bodek. Hanya isu TH ni saja dia ulas detail dan ia sangat DITAKUTI sehingga berpusu-pusu orang politik menyerang dia.....

Ostad oi....tunjuk sikit bila dan apa yang ko kritik KERAjaan PH? Tak bodek? Bodek tahap dewa time isu TH tu apa cer? Siap kata umat Islam perlu bergembira dengan tindakan PH terhadap TH. Malah masih optimis bila hibah TH 1.25%, paling ciput dalam sejarah TH!


Loading...

Orang politik serang engkau sebab takut? Diorang terpaksa jawab la sebab engkau tu guna jubah ugama dan jubah akademik untuk keliru dan sesatkan kefahaman umat. Bersekongkol dengan tindakan meruntuhkan ekonomi Islam!

Ostad juga kata sekarang dia dah move on. Dia fokus pada bisnes dia. 🤦🏼‍♂️
Senangnya berlepas tangan kan? 🤣

Lepas ko ranapkan harta dan ekonomi umat Islam dalam TH, ko fokus nak kayakan diri engkau je sekarang kan? Ada darah keturunan Abdullah bin Ubay ke Ostad ni? 🤣

Akhir sekali...Ostad kata dia takde kena mengena dengan TH lagi.


Loading...

Sebarang persoalan kita kena tanya kepada pengurusan tertinggi TH, ahli lembaga pengarahnya, ahli majlis syariahnya, facebook TH. 😝

Senangnya berlepas tangan. Sebijik perangai Rafizi Sotong.

Abang kakak semua....Jangan kita lupakan individu ini!
Inilah ikon perosak TH selepas Mujahid!
Rakyat miskin takpe...janji dia je kekal kaya!
Rakyat kena ingat sampai mati!

– Nabeel Naqie

ARTIKEL BERKAITAN: Pencarum TH, orang Islam patutnya kini lebih gembira – Dr Zaharuddin


Loading...

Berikut kenyataan oleh Dr Zaharuddin Abd Rahman di dalam group Telegram miliknya:

ISU TABUNG HAJI TERBARU

1. Baiklah saya kalah, saya memang tidak larat lagi menjawab bagi pihak Tabung Haji secara rasmi atau tidak. Malah tidak larat juga tulisan saya dibaca secara ‘politik’ oleh cybertroopers politik kepartian.

Mereka juga gembira mencaci maki dengan hebatnya, bencinya kepada saya kelihatan sangat tinggi, menjadikan saya rasa hairan dan pelik. Akhirat itu mungkin ‘belakang kira’. Menurut mereka YANG PENTING ‘TIBAI & BIAR ORANG PERCAYA DIA’. Baiklah saya, anda menang, saya kalah, sekarang pergilah ..


Loading...

2. Hakikatnya saya memang bukan orang politik yang inginkan undi anda atau mempengaruhi pengundi. Kalau saya sangat taksub untuk mendapat undi anda dan pembaca saya untuk kepentingan politik, tentulah saya akan banyak sekali memuji dan bodekan terhadap kerajaan sekarang dan mengeji pembangkang serta tokohnya dalam banyak isu, tapi TIADA, malah beberapa kali saya menegur pemimpin kerajaan sedia ada di media sosial saya, sebagaimana sejak dahulu juga saya mengkritik pimpinan kerajaan lama.

Sejak dulu saya menegur sehingga saya diblacklist dari media. Kini, hanya satu isu TH saya menulis perinci, kelihatan tulisan saya seolah sangat ditakuti sehingga berpusu orang politik menyerang saya.

Sebenarnya saya bukan peduli, sama ada pembaca ingin menyokong kerajaan atau pembangkang, itu terpulang kepada anda. Hak anda, tiada perlu untuk maki.


Loading...

3. Sebelum ini, saya banyak menulis kerana fakta yang saya dapati benar maka ‘sharing is caring’, apa yang pada hemat & penilaian saya benar perlu dikongsi atau kesesatan dan salah faham akan melata.

BENAR, adakalanya saya juga tersalah, maka saya padam terus status yang ternyata saya tersilap faham. Tiada masalah.

Namun kini berkenaan isu terkini Tabung Haji, walaupun masih ada sebahagian fakta yang diperolehi, saya rasa tiada keperluan lagi untuk mengulas isu Tabung Haji.


Loading...

4. Kini, jika anda ingin penjelasan sama ada untuk benar-benar mengetahui kebenaran atau sekadar menyindir, sila tujukan kepada pihak Tabung Haji sendiri, ahli lembaga Pengarahnya, Ahli Majlis Shariahnya & pengurusan tertingginya serta media sosial mereka, bukan ditanya kepada saya.

Saya tiada kaitan dengannya dan tiada masa untuknya, itu bukan tugas saya lagi kerana tulisan fakta & ilmu yang dibaca secara prejudis kepartian tiada gunanya lagi untuk dikongsi, jadinya saya tidak lagi relevan.


Loading...

5. Dahulu saya menulis berkenaan isu Tabung Haji disebabkan ada hubungan baik dengan CEO Tabung Haji ketika itu dan beliau memberikan saya banyak informasi fakta jelas lengkap dan berintergiti berkenaan hal sebenar dalaman Tabung Haji, maka atas dasar akademik dan mendedah fakta sebenar, saya menulis.

Bukan untuk ‘backing’ kerajaan atas dasar politik, tetapi rasa bertanggungjawab untuk pelan menyelamatkan institusi Tabung Haji yang kita sayangi, pelan itu dibina oleh pihak pengurusan baru Tabung Haji, bukan mana-mana parti atau kementerian, semua adalah hasil cadangan Lembaga Pengarah Tabung Haji dan pengurusan barunya ketika itu.


Loading...

6. Kini CEO tersebut sudah bersara, dan saya tiada lagi hubungan akrab dengan TH, malah saya juga sangat sibuk dengan urusan bisnes sambil dakwah, berusaha bina ekonomi Islam dan mencipta kerja untuk muslim serta membantu usahawan muda dalam syarikat ‘startup’ mereka.

Tidak pernah juga mendapat kontrak kerajaan, semua mengunakan wang usaha sendiri dan pelabur swasta.


Loading...

7. Saya tidak berminat dengan politik kepartian dan bukan pula ahli mana-mana parti politik malah saya telah ambil keputusan untuk ‘itizal’(jauhkan diri) dari politik kepartian sejak lama dahulu.

Juga tidak pernah pula menghadiri mana-mana mesyuarat agung atau persidangan utama mana-mana parti.

Bertemu sekali sekala orang politik itu pernah, sama ada di pejabat kerajaan, rumah mereka khususnya ketika ulama antarabangsa yang hadir & persidangan ilmu, itu pernah namun bukan sama sekali tanda saya menyokong parti politik. Tidak.

Cukup-cukuplah mencaci maki dan jika ingin berpolitik, pergilah kepada ahli politi dan bukan saya atau mana-mana media sosial saya.

Oklah saya menyerah kalah. Anda menang.. Let’s Move On

Jika masih ingin kekal di sini, alhamdulillah, ia medan saya sampaikan ilmu dan pandangan, jika ingin keluar, pun tiada masalah. Tiada memaksa dan tidak perlu memujuk. Jika masih ingin tahu berkenaan hotel TH tu, boleh mendapatkan penjelasan rasmi di facebook TH. Saya tiada kaitan dengannya.

Sumber: Telegram Dr Zaharuddin Abd Rahman


Loading...



Loading...



Loading...



Loading...



Loading...



Loading...



Join our Telegram Channel
Telegram