
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Balai Rong Seri, Istana Negara pada 4.07 petang.
Turut berangkat ke istiadat itu ialah Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.
Loading...
Najib, 59, yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor, mengulangi sejarah apabila mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong sama, seperti mana allahyarham bapanya Tun Abdul Razak Hussein ketika mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kedua Malaysia pada 1970.
Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah memberi perkenan selaras dengan Fasal (2)(a) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan supaya Najib dilantik sebagai perdana menteri.
Loading...
Pada pilihan raya umum ke-13 semalam, Barisan Nasional kekal berkuasa dengan memenangi 133 daripada 222 kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan Persekutuan yang baharu.
Turut hadir ke istiadat itu ialah bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi serta para pemimpin parti komponen BN. – Astro Awani
Diterbitkan pada Mei 06, 2013 14:13 MYT
Loading...
ARTIKEL BERKAITAN:
- Anwar bertemu Mahathir 9.30 pagi ini
- Azmin bimbang gabungan baru gagal jika tangguh
- DAP panggil mesyuarat tergempar
- Wan Azizah, Guan Eng, Mat Sabu kini di PMO
- Anwar gagal jumpa Tun M di PMO
- Dulu sombong, sekarang baru nak cakap pasal rakyat – Annuar tempelak Kor Ming
- Buat apa nak lari, Kit Siang jawab Papagomo
- Pertemuan dua jam berakhir
- Dr Mahathir letak jawatan Perdana Menteri
- TERKINI: PPBM keluar daripada Pakatan Harapan – Muhyiddin
- TERKINI: Azmin dan 10 MP keluar PKR-PH
Join our Telegram Channel