RCI: RM10b aset TH dijual kepada syarikat 'dummy'?



Kelmarin Muafakat Nasional, UMNO dan Pas mendesak kerajaan Pakatan Harapan (PH) menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat Tabung Haji.

Ramai yang terkejut kerana UMNO mendesak PH menyiasat sedangkan selama ini UMNO yang dituduh menyeleweng Tabung Haji.

Loading...

Apa yang menjadi kerisauan ialah aset-aset, tanah-tanah dan ladang-ladang yang berpuluh ribu hektar hampir kesemuanya dijual. Hampir 80% tanah milik Tabung Haji dijual kononnya sebab UMNO jahat.

Tetapi tidak ada pemimpin UMNO yang didakwa disebabkan kes Tabung Haji. Sekiranya urusan transaksi pengurusan yang lama salah atau berlaku pecah amanahn tentulah sudah lama pendakwaan dibuat.

Loading...

Bukan itu saja, RM10 billion aset-aset Tabung Haji yang dijual kepada sebuah syarikat 'dummy' kosong di bawah kementerian Lim Guan Eng, bernama Urusharta Jamaah Sdn Bhd.

Syarikat ini mendapat aset-aset Tabung haji bernilai RM10 bilion hingga RM17 bilion, seperti tanah TRX, dan hotel-hotel Tabung Haji, tetapi tidak membuat sebarang pembayaran kepada Tabung Haji. Mereka hanya memberi bond atau sukuk, iaitu kertas hutang, sebagai timbal balik.

Loading...

Selain itu, timbul banyak persoalan antaranya sehingga sekarang, laporan kewangan Tabung Haji bagi tahun 2018 masih belum tersedia, walaupun sekarang sudah masuk tahun 2020.

Bagaimana pencarum dan rakyat boleh lihat kedudukan aset yang dipindahkan kepada Lim Guan Eng jika laporan kewangannya tidak ada?

Loading...

Satu sebab sahaja mengapa laporan kewangan masih tidak keluar, iaitu mungkin kerana auditor tidak berani 'sign off' laporan tersebut.

Dikatakan juga, Tabung Haji susah mendapatkan auditor untuk sign off laporan tahun itu disebabkan pemindahan aset dan sukuk yang dibuat secara 'pelik'.

Loading...

Kita mengharapkan agar RCI dapat dilakukan dengan kadar segera bagi menjernihkan keadaan ini.

Pelik kan? UMNO yang dituduh menyeleweng Tabung Haji pula yang beriya-iya minta untuk disiasat. Yang menuduh pula tidak berani nak menyiasat. – Syed Agil Jamalullail



Join our Telegram Channel
Telegram