Viral video Tun M 94 menari lagu Selimut Putih



PETALING JAYA: Satu rakaman video Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad yang berusia 94 tahun menari di sebuah majlis amal tersebar di WhatsApp.

Dalam klip lebih 1 minit itu, Mahathir dilihat menari mengikut rentak muzik bersama anak sulungnya, Marina Mahathir.


Loading...

Difahamkan, majlis itu ialah makan malam amal Ronggeng.

Dalam majlis itu, Mahathir turut menyanyikan sebuah lagu Melayu, manakala isterinya Dr Siti Hasmah menggesek biola.

Turut hadir ialah bekas penjawat awam kanan, duta dan pesuruhjaya tinggi.


Loading...

Satu lagi rakaman yang sama namun telah disunting turut tular di mana satu lagu nasyid yang pernah popular satu ketika dahulu dimasukkan bagi menggantikan muzik latar pada video asal.

Lagu nasyid yang bertajuk 'Selimut Putih' itu mengiringi tarian Mahathir di usia 94 membuatkan ramai yang insaf dan sedar akan ajal yang akan menjemput pada bila-bila masa di mana harta yang melimpah-ruah tidak akan mampu membantu di ketika itu.


Loading...

Lagu nasyid itu sangat poular pada era tahun 80-an telah mendapat perhatian di banyak negara seperti Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura dan Thailand.

Penyanyi asal Selimut Putih, Nur Asiah Jamil berasal dari Kotari, sebuah bandar kecil di utara kota raya Medan, ibu wilayah Sumatera Utara, Indonesia telahpun meninggal dunia pada Disember 2014 yang lalu. – FMT/Cinca


Loading...



Loading...


Please subscribe



Loading...


Please subscribe




Join our Telegram Channel
Telegram