BARUA: Tesis PhD Mujahid dikritik netizen



Satu tesis doktor falsafah (PhD) yang ditulis oleh Dr Mujahid Yusuf Rawa mula tular di media sosial hari ini.

Fenomena ini dipercayai berpunca daripada keratan video beliau mengulas isu menjadi barua kepada DAP yang disebut oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee baru-baru ini.

“Muka macam saya ni ada PhD ni, rasa-rasa boleh jadi barua orang ke? Rasa-rasa boleh jadi ke khadam orang?” soal Mujahid di dalam video tersebut.

Loading...

Hantaran keratan tesis yang dikongsikan oleh Dr Kamarul Yusoff pada September 2017 itu mula dikongsikan semula oleh netizen sebagai reaksi dari komen Mujahid di dalam video itu.

Tesis Mujahid mendapat banyak kritikan dan mengundang persoalan dari netizen tentang bagaimana tesis yang dikatakan tidak berkualiti seperti itu boleh diluluskan oleh penyelianya, Dr Sharifah Hayaati Syed Ismail.

Loading...

Nabeel Naqie: “Menurut sumber.....sumbernya apa anat? 🤣

Mimpi atok ko? 🤣

Lecturer Nabeel hairan macam mana thesis ini diterima, dijilidkan dan Mujahid lepas viva PhD.

Akademi Pengajian Islam UM tak teliti ke? 🤣

Ke supervisor PhD dia kroni? 🤣”

Loading...

Abdul Halim: “Wekekekekke..... Thesis kajian mcm hareee... Pas mlaka yg kalah tu geng pan skrg.... Puak2 syiah seme tu... Kalu kajian ni tajuknya pengaruh syiah di dlm parti pas logik juga.... Ni mcm sembang kedai kopi... Mana hadis nya mana ayat al quran nya...”

Abdul Karim Mhd: “Sarif mungkin admin dr kamarul boleh hurai sikit.. adakah mmg begitu bentuk tesis kualitatif?

sbb biasa kuantitatif ni semua benda kena petik data & rujukan..

klu sekadar tukar sembang kedai kopi jadi bentuk tulisan, saya pun berminat juga buat tesis begitu.. mohon cadangkan sv & ipt yg sesuai”

Loading...

Azan Ajmi: “Ini tesis ke nota kaki... Mcm mn lah blh lulus 😂😂😂”

Wira Alam: “Pelaporan tesis tu agak pelik.”

Mohd Bin Sim: “Tak ada kualiti tesis ....mxmana boleh lulus ni”

Engku Azizul: “Stare ni tesis PhD?sampoh sgt ni.... haha”

Her May: “Level tu je tesis dia😀”

Zamri Ismail: “Siapa penyelia tesis ni?”

Loading...

Menurut Dr Kamarul, bidang kepakaran penyelia yang menyelia tesis Mujahid agak jauh lari dari bidangnya.

Tesis PhD Dr Sharifah Hayaati Syed Ismail dari University of Bristol pada tahun 1999 adalah bertajuk “A Comparison Between Public And Private Administration: Their Relationships In The Move Towards Privatization In Malaysia”.

Loading...

Manakala, tesis PhD Dr Mujahid Yusof dari Universiti Malaya pada tahun 2007 yang Dr Sharifah Hayaati Syed Ismail selia pula adalah bertajuk “Konflik Organisasi Dalam Parti Islam Dan Kesannya Terhadap Perubahan Organisasi: Kajian Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Di Melaka”.

Mujahid memiliki Ijazah Sastera Bahasa Arab dari Universiti Al-Azhar, Mesir, Ijazah Sarjana Pengurusan Sumber Manusia dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Ijazah Kedoktoran Sains Politik di Universiti Malaya yang kini jadi pertikaian di media sosial. – Cinca?

Loading...


Please subscribe
Loading...



Loading...



Loading...



Loading...



Loading...



Loading...



Loading...



Join our Telegram Channel
Telegram