Doktor pakar kecemasan Melaka cerita pengalaman bertemu Menteri Kesihatan Dr Adham Baba



Ramai sahabat yang mesej saya bertanya tentang beberapa keping gambar yang dimuat naik oleh YB Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Seri Dr Adham Baba (YBMK).

Ya. Memang benar, sayalah di dalam gambar tersebut mengiringi tinjauan YBMK ke Jabatan Kecemasan Hospital Melaka.

Tinjauan itu berlaku pada jam 4 pagi! Ya betul...bukan typo. EMPAT PAGI.

YBMK menceritakan kepada saya tentang jadual harian beliau semalam. Seawal jam 7 pagi, beliau sudah berada di pejabat Menteri.

Selepas itu beliau menghadiri Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara. Kemudian meninjau pula MAEPS sebagai persediaan menghadapi gelombang ke 3 Covid-19.

Setelah itu beliau bergegas ke Simpang Renggam. Kemudian beliau pergi meninjau Hospital Permai, JB sebelum akhirnya pulang ke Putrajaya pada jam 12 tgh malam.

Sempat beliau masuk meninjau ke Hospital Melaka pula selepas itu.


Loading...

Agak lama saya berborak dengan YBMK. Beliau bertanya tentang kesiapsiagaan hospital dalam menghadapi Covid-19. Saya menceritakannya dan beliau mendengar dengan tekun.

Beliau seorang yang sangat merendah diri. Bercakap kepada beliau ibarat seperti seorang adik bercakap dengan abang saja rasanya.

YB menceritakan tentang perkara-perkara yang telah beliau lakukan sejak memegang kuasa. Beliau sangat passionate menceritakan langkah-langkah yang telah dilakukan beliau sebagai usaha meratakan lengkungan epidemik.

Sungguh dahsyat semangat dan komitmen beliau. Beliau sedar ada yang mengkritik beliau, tetapi beliau yakin akan dapat membisukan pengkritik beliau dengan menguruskan wabak Covid ini dengan cemerlang.


Loading...

Sebenarnya saya ada dipelawa oleh pegawai khas YBMK untuk berjumpa beliau beberapa hari selepas beliau mengangkat sumpah. Malangnya tidak kesampaian kerana Perintah Kawalan Pergerakan sudah berkuat kuasa.

YBMK sempat berseloroh dengan berkata, tengok, i nak jumpa dengan you, tapi takdir Allah, i yang datang tempat you. 不不不不

Kemudian YB menceritakan beberapa strategi besar yang akan dilakukan oleh KKM dalam memerangi wabak ini habis-habisan. Biarlah YBMK sendiri umumkannya nanti. Tetapi bagi saya, ia sangat-sangat positif dan meyakinkan.

YBMK nampak tetap bersemangat sepanjang tempoh beliau berada di Hospital Melaka. Sungguhpun pasti beliau penat, beliau langsung tidak menjadikan itu sebagai alasan untuk tidak menyantuni petugas-petugas kesihatan.

Beliau menyapa kebanyak mereka dan memberi kata-kata semangat dan mengucapkan terima kasih kerana berkhidmat demi negara.

Sempat juga beliau lihat keputusan darah seorang pesakit. Nampak baca renal profile pesakit sedikit terjejas. Pesakit juga kelihatan ‘kering’ (dehidrasi).


Loading...

YBMK bertanya apa yang perlu kita nasihatkan pesakit. Saya pun jawab secara berseloroh, “Kena nasihatkan pesakit minum air suam.” 不不不不

YBMK dan saya bantai gelak sama-sama.

YBMK kata, “Kan? Kita nasihat orang minum air je pun. Diorang spin sampai macam saya nasihat minum benda salah. Karut sungguh.” 不不不不

Demikianlah serba sedikit tentang tinjauan mengejut YBMK ke Jabatan Kecemasan Hospital Melaka.

YBMK kata beliau akan datang lain kali secara rasmi setelah wabak Covid ini terkawal.

YBMK kemudian menjemput saya melawat beliau di Putrajaya. Saya hanya tersengih di sebalik mask. Dengan kesibukan menangani Covid, mana mungkin kami berdua ada masa untuk berjumpa.

YBMK sempat bergurau, “Kalau kita jumpa, kamu yang kena belanja saya tau. Saya takde gaji 2 bulan ni.”

Kami ketawa lagi sebelum YBMK menaiki kenderaan rasmi lalu bergegas pulang ke Putrajaya.


Loading...

Sempat saya berpesan kepada beliau supaya berehat jika ada kesempatan. Beliau perlu terus sihat dan kuat untuk menerajui kementerian di saat yang sebegini sukar. Kesukaran yang tak pernah dihadapi oleh mana-mana pemimpin Malaysia sejak Merdeka sehingga kini.

Beliau hanya tersenyum. Jam ketika itu menunjukkan 4.30 pagi.

Hari ini jam 7.30 pagi, YBMK membalas whatsapp saya (saya kirim gambar-gambar ketika lawatan) dengan berkata, “Terima kasih doc. Saya sudah pun berada di Pejabat Menteri.”

Ya Allah... Kau kurniakanlah kekuatan kepada Dr Adham Baba.





Join our Telegram Channel
Telegram