Covid-19: Eksekutif AEON Big dikecam persenda kematian doktor, bayi



Seorang Eksekutif AEON Big, Nor Adzlan hari ini dikecam netizen apabila memperlekeh dan mempersendakan kematian seorang doktor bersama bayinya dalam satu kemalangan jalan raya semalam.

Dengan nada menyindir Eksekutif itu memuatnaik satu hantaran bersama keratan berita tentang kemalangan itu lalu mengakhiri hantarannya dengan emoji gelak ketawa.

“Jangan lah keluar semasa pkp ni. Jaga diri dulu. Yg sakit biarkan. Kita kena support kerajaan duduk rumah jer 🤣”, komen Nor Adzlan.


Loading...

Rata-rata netizen berang dengan tindakan eksekutif tesebut dengan mengecam dan meminta syarikat AEON Big mengambil tindakan ke atas kakitangannya yang biadab.

“Dulu memang teman PHelik kenapa budak2 yg sokong PH ni kebanyakannya biadap dan dungu. Tapi, sekarang dah tak pelik sebab memang diorang memang dilahirkan biadap dan besar kepala dalam banyak hal.

“Mamat ni buat jenaka perintah MCO diatas kematian seorang Doktor dan seorang bayi dalam satu kemalangan jalan raya. Katanya sebab tak patuh arahan MCO.

“Biadap la kamu ni..kena pada diri atau ahli keluarga kamu baru tahu mengulupur.” komen Fadly Bahktiar Othman.


Loading...

Laporan berita semalam menjelaskan kemalangan itu berlaku ketika mereka menaiki van Toyota Hiace dalam perjalanan dari Kuala Krai ke Gua Musang bagi menjalankan tugas rawatan Covid-19.

Sementara itu seorang doktor pakar radiologist, Aznil Hisham menceritakan, doktor itu terpaksa membawa anaknya yang masih bayi berumur 9 bulan kerana allayarhamah tiada pilihan memandangkan akan ditempatkan di Hospital Gua Musang selama seminggu dan suaminya pula bekerja di Hospital di Kuala Lumpur.

Patutkah doktor yang menggadaikan nyawa demi keselamatan orang ramai dipersendakan sebegini? Menurut pemeriksaan kami, facebook milik Nor Adzlan tidak dijumpai dipercayai telah deactivate mungkin kerana menerima kecaman sejak semalam. – Cinca

ARTIKEL BERKAITAN: Doktor bersama bayi 9 bulan maut kemalangan




Loading...





Join our Telegram Channel
Telegram