Harga RON95 turun lagi ke RM1.82 gais..



KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 turun kepada RM2.10 seliter dan RON95 sebanyak RM1.82 seliter mulai 14 Mac hingga 20 Mac ini.

Petrol RON97 dan RON95 masing-masing turun sebanyak 9 sen dan 7 sen seliter berbanding sebelum ini.

Loading...

Harga runcit diesel turun sebanyak 9 sen seliter iaitu daripada RM1.96 seliter kepada RM1.87 seliter.

Kementerian Kewangan berkata, ketidaktentuan harga minyak mentah dunia pada masa ini dipengaruhi oleh ketidaksefahaman pengeluaran antara negara-negara pengeluar minyak utama dunia serta wabak Covid-19 yang memberi kesan kepada ekonomi global.

Loading...

Sebagai langkah untuk menstabilkan turun naik harga minyak kepada pengguna dan pada masa sama untuk mengimbangi ketidaktentuan hasil minyak kepada kerajaan, harga runcit bagi kedua-dua produk petrol RON95 dan diesel diturunkan masing-masing kepada paras RM1.82 seliter dan RM1.87 seliter.

Di samping itu, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara terutama dalam menangani peningkatan kos sara hidup kesan daripada kenaikan harga. – MalaysiaGazette

Join our Telegram Channel
Telegram