Najib, Zahid tak mahu kes digugurkan, ikrar bersih nama di mahkamah



KUALA LUMPUR- Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan kes rasuah melibatkannya yang sedang dibicarakan di Mahkamah Kuala Lumpur akan disambung semula seperti biasa esok.

Tegasnya, kes tersebut tidak akan digugurkan walaupun beliau bersama Perikatan Nasional telah menjadi kerajaan.


Loading...

“Kes saya ditangguhkan untuk hari ini, Isnin, 2 Mac 2020 sahaja. Kes ini tidak digugurkan sama sekali seperti kes-kes lain sebelum ini.

“Insya-Allah, saya akan membersihkan diri saya di mahkamah tanpa pengguguran kes.


Loading...

“Saya mahu mahkamah menentukan keputusannya walaupun tuduhan ini adalah pendakwaan politik dan pendakwaan terpilih,” katanya di media sosial hari ini.

Perbicaraan kes rasuah, pengubahan wang haram dan pecah amanah dana Yayasan Akalbudi yang dihadapi bekas Timbalan Perdana Menteri itu ditangguh esok oleh mahkamah hari ini.


Loading...

Ini kerana Ahli Parlimen Bagan Datuk itu perlu berbincang dengan Perdana Menteri baharu, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membentuk Kabinet baharu di Putrajaya.

Sebelum itu, bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak juga menyatakan hasrat mahu ‘membersihkan’ namanya di mahkamah dan tidak mahu sekiranya kes membabitkan 1MDB digugurkan.- MalaysiaGazette


Loading...


Saya bukan Lim Guan Eng gugur kes rasuah. Saya juga berharap perbicaraan saya akan dapat liputan yang adil di media dengan tajuk dan laporan yang tidak berat sebelah, untuk membuktikan apa yang saya lakukan sentiasa memikirkan kepentingan terbaik negara – Najib Razak


Please subscribe

Loading...


ARTIKEL BERKAITAN:



Join our Telegram Channel
Telegram